IPOH: Kerja-kerja pemasangan Pelan Pengurusan Trafik telah dijalankan di Kilometer 5 Jalan Bukit Larut yang terletak kira-kira 10 kilometer dari Taiping berikutan kejadian tanah runtuh pagi semalam.
Jurutera Jalan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Larut Matang dan Selama Mohammad Fadzli Tajon Aros berkata insiden tanah runtuh itu melibatkan kawasan sepanjang 25 meter di lokasi berhampiran Tea Garden pada kira-kira 8 pagi.
"Jalan ditutup di kedua-dua arah dan JKR akan mengadakan perbincangan bersama pihak konsesi berkaitan kaedah penyelesaian awal dan bajet," menurutnya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata bukit peranginan itu sudah lama ditutup sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan larangan aktiviti pelancongan sebelum ini.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT) Khairul Amir Mohamad Zubir pula berkata keadaan cuaca tidak menentu dan hujan lebat berterusan sejak seminggu lepas dipercayai menjadi punca insiden tebing runtuh di laluan jalan tar itu.
"Runtuhan ini telah menyebabkan sebahagian jalan tar rebak dan runtuh serta tidak selamat untuk dilalui oleh kenderaan dan pejalan kaki.
"Sejurus menerima maklumat kejadian ini, MPT telah mengambil tindakan segera dengan memaklumkan kepada pihak JKR serta meletakkan kon keselamatan di kawasan terbabit," katanya.
Beliau berkata pihak JKR telah memeriksa lokasi kejadian dan mengambil langkah sementara menutup permukaan kawasan runtuhan dengan lapisan kanvas tarpaulin.
Khairul Amir berkata tindakan itu adalah bagi mengawal keadaan supaya tidak bertambah buruk memandangkan cuaca yang kerap hujan.
Difahamkan terdapat beberapa lokasi tanah runtuh melibatkan laluan jalan dan cerun di bukit peranginan itu pada 2019 namun kerja-kerja pembaikan tergendala disebabkan pelaksanaan PKP pada Mac tahun lepas.
Bagaimanapun, orang awam kini boleh mendaki kawasan bukit itu melalui jalan bertar atau berjalan sehingga ke Kilometer 4 selepas aktiviti tersebut dibenarkan apabila Perak memasuki Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 17 2021
Kerja-kerja pemasangan Pelan Pengurusan Trafik telah dijalankan di Kilometer 5 Jalan Bukit Larut yang terletak kira-kira 10 kilometer dari Taiping berikutan kejadian tanah runtuh pagi semalam. -Gambar fail
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Pelan pengurusan trafik di lokasi tanah runtuh Jalan Bukit Larut
Keadaan cuaca tidak menentu dan hujan lebat berterusan sejak seminggu lepas dipercayai menjadi punca insiden tebing runtuh di laluan jalan tar itu.