DREBAR
Pelan ‘recall’ VW ditolak pihak berkuasa California

[NOTA: Setakat ini isu ‘dieselgate’ tidak melibatkan mana-mana model yang dijual Volkswagen Malaysia kerana semua model yang dijual mempunyai enjin petrol dan bukannya diesel]
“Tindakan hari ini adalah langkah yang betul untuk memastikan ianya tidak berulang.”
Pengumumuan ini keluar pada waktu yang paling tidak sesuai untuk CEO Kumpulan Volkswagen, Matthias Muller. Sehari sebelum keputusan CARB ini dikeluarkan, beliau didalam temuramah bersama stesen radio NPR – dan sehari selepas memberikan ucapan di pameran kereta Detroit – dengan yakin berkata bahawa VW ‘tidak menipu’ berkenaan isu dieselgate.

CARB menyenaraikan tiga sebab kenapa mereka menolak cadangan ‘recall’ VW, iaitu:
Penolakan cadangan baik pulih VW ini hanya melibatkan model-model yang menggunakan enjin diesel 2-liter iaitu VW Jetta Sportwagen (tahun 2009-2014), Beetle (tahun 2013-2015), Beetle Convertible (2013-2015), Golf (2010-2015), Jetta (2009-2015), Passat (2012-2015), Golf Sportwagen (2015); dan model Audi A3 (2010-2013, 2015).
- Rancangan VW kurang terperinci
- Baik pulih yang digambarkan tidak mempunyai maklumat cukup bagi penilaian teknikal
- Cadangan yang diberikan tidak menyelesaikan kesan keseluruhan terhadap keselamatan, emisi dan prestasi kenderaan dengan memuaskan
Data pihak CARB menunjukkan jumlah kereta yang terlibat adalah 75,688 unit.
Model-model kenderaan daripada kumpulan VW yang menggunakan enjin diesel 3.0-liter tidak termasuk di dalam keputusan ini. Walaupun enjin ini turut terlibat dalam isu ‘dieselgate’, ia diuruskan oleh pelan tindakan berbeza.
[NOTA: Situasi ini hanya untuk model-model VW yang dijual/didaftarkan/digunakan di negeri California sahaja]
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami