awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelan Tindakan OKU Muslim untuk OKU dapat kefahaman baik tentang Islam

Bernama
Bernama
25/10/2023
21:15 MYT
Pelan Tindakan OKU Muslim untuk OKU dapat kefahaman baik tentang Islam
Mohd Na'im berkata, pendedahan berkenaan sejarah para rasul dan nabi melalui visualisasi grafik dapat memberikan manfaat pembelajaran kepada kanak-kanak autisme dan bukan autisme. - Gambar fail/BERNAMA
CYBERJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menggubal Pelan Tindakan Orang Kurang Upaya (OKU) Muslim dalam usaha memastikan golongan itu mendapat kefahaman dan penghayatan yang baik tentang Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata pelan tersebut dibangunkan bagi mendukung Pelan Tindakan OKU Kebangsaan dan Dasar OKU Negara yang sedia ada di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Beliau berkata Jakim menjalinkan kerjasama dengan majlis dan jabatan agama Islam negeri, kementerian dan agensi berkaitan untuk mendapatkan idea serta pandangan supaya pelaksanaan pelan tersebut lebih holistik dan bersepadu.
"Sistem sokongan kepada OKU mesti ditingkatkan dan usaha untuk menjadikan masyarakat lebih cakna kepada golongan itu perlu mendapat sokongan pelbagai pihak khususnya agensi serta institusi Islam," katanya dalam ucapan pada Program Penerapan Sejarah 25 Rasul melalui Digital Kreatif di sini semalam.
Sementara itu, Mohd Na'im berkata pendedahan berkenaan sejarah para rasul dan nabi melalui visualisasi grafik dapat memberikan manfaat pembelajaran kepada kanak-kanak autisme dan bukan autisme.
"Menggunakan pendekatan kreatif khususnya kemahiran digital, kanak-kanak istimewa seperti autisme dapat belajar tentang sejarah Islam. Dalam apa jua keadaan, kita mesti memberikan pendidikan khususnya pendidikan agama kepada anak-anak kita mengikut kadar kemampuan mereka," katanya
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Na'im Mokhtar
#Pelan Tindakan OKU Muslim
#Orang Kurang Upaya
#Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan