IPOH: Kawasan pencarian bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pelancong dari India yang hilang sejak 22 Sept lepas ketika mendaki Gunung Jasar, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang diperluas melepasi sempadan Perak, semalam.
Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Azri Ramli berkata sepasukan penyelamat terdiri daripada 93 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Malim Gunung Cameron Highlands dan Radio Communication and Recreation Club telah dikerah untuk meneruskan misi pencarian tersebut.
Beliau berkata polis juga telah memohon bantuan helikopter daripada Pasukan Gerakan Udara yang berpangkalan di bandar raya ini untuk meninjau kawasan sukar diakses oleh pasukan SAR bagi misi pencarian pada hari kelima itu.
Menurut Azri Pos Kawalan Tempat Kejadian juga telah disertai oleh Jabatan Penerangan Cameron Highlands dan Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highlands.
"Hari ini misi pencarian telah memasuki hari keenam dan seramai 101 orang daripada pelbagai agensi telah menyertai misi pencarian ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azri sehubungan itu, menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian tersebut dan menghubungi bilik gerakan (DCC) menerusi talian 05-4915 999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran, sekiranya mempunyai sebarang maklumat.
Beliau turut mengingatkan orang ramai untuk tidak menularkan maklumat tidak sahih menerusi laman media sosial.
Sebelum ini, Azri dalam kenyataan memaklumkan Nandan Suresh Nadkarni, 44, dilaporkan hilang selepas mendaki Gunung Jasar, sejak 22 Sept lepas.
Mangsa telah mendaftar masuk ke Hikers Sleep Port Guest House, Tanah Rata pada 19 Sept dan sepatutnya mendaftar keluar pada 24 Sept.
Hasil siasatan awal polis mendapati pada 22 Sept, mangsa telah keluar dari hotel seorang diri untuk melakukan aktiviti pendakian di trail 10 Gunung Jasar, berdasarkan beberapa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh di sekitar kawasan Tanah Rata.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 30 2023
Kawasan pencarian bagi operasi SAR seorang pelancong dari India yang hilang sejak 22 Sept lepas ketika mendaki Gunung Jasar, diperluas melepasi sempadan Perak, semalam. - Gambar fail/BERNAMA
Fokus Minggu Depan: ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau
Bersama Siti Nuraqila Omar membincangkan tentang ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau.
JIM Terengganu tahan 15 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 15 pendatang tanpa izin dalam Operasi Sapu dan Selera di sekitar tapak pembinaan kawasan industri Kertih, Kemaman semalam.
Jurulatih selam wanita rugi lebih RM300,000 terperdaya pelaburan saham di Facebook
Seorang jurulatih selam di sini kerugian RM304,422 setelah terperdaya dengan pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.
Suspek lari dari IPD Tangkak ditahan semula
Polis menahan semula penjenayah yang melarikan diri dari tahanan IPD Tangkak, di sebuah rumah di Kluang pagi tadi.
Polis tembak mati 3 suspek jenayah samun, curi kenderaan
Polis menembak mati tiga individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, Selangor pada Sabtu.
Penduduk masih belum dibenarkan pulang
Puluhan ribu penduduk Los Angeles yang terpaksa berpindah akibat kebakaran dahsyat, masih tidak dibenarkan pulang ke kediaman mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu.
Bas penumpang hampir terjunam berhampiran jambatan Bronx
Sebuah bas New York terbabas dan tergantung di ketinggian 3.7 meteri berhampiran jambatan Henry Hudson Parkway, New York.
Lebih 10,000 syarikat di Jepun muflis tahun lalu
Kenaikan harga, kekurangan buruh yang semakin teruk dan kejatuhan nilai yen di Jepun mengakibatkan kegagalan perniagaannya hingga menyebabkan 10,006 syarikat muflis pada 2024.
Kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya selama empat hari sempena Tahun Baharu Cina
Kenderaan barangan dilarang berada di atas jalan raya selama empat hari sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini.
Mayat lelaki dipercayai pelancong India ditemukan dalam sungai - Polis
Satu mayat lelaki dipercayai pelancong India yang hilang ketika mendaki Gunung Jasar, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang ditemukan di dalam sungai di kawasan sempadan Perak-Pahang hari ini.
Pelancong hilang: Kawasan pencarian diperluas lepasi sempadan Perak - Polis
Kawasan pencarian bagi operasi SAR seorang pelancong dari India yang hilang sejak 22 Sept lepas ketika mendaki Gunung Jasar, diperluas melepasi sempadan Perak, semalam.
Banjir lumpur: Tiga pelancong hilang masih belum ditemui
Dalam kejadian banjir lumpur yang dilaporkan berlaku pada jam 10.40 malam Sabtu itu, mangsa dipercayai hilang dibawa arus sungai.
Pasukan SAR pelancong di Tioman temui petunjuk baharu
Unit Anjing Pengesan (K9) polis dan bomba berjaya mengesan bau lelaki itu di laluan yang dipercayai digunakannya.