awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelantikan ahli Parlimen Sarawak bukti kepercayaan PM terhadap pemimpin negeri - GPS

Lynch Cowan
Lynch Cowan
27/08/2021
05:59 MYT
Pelantikan ahli Parlimen Sarawak bukti kepercayaan PM terhadap pemimpin negeri - GPS
Malah Setiausaha GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi turut menyambut baik pelantikan menteri-menteri lain termasuk dirinya.
KUCHING: Pelantikan anggota kabinet melibatkan beberapa pemimpin Sarawak membuktikan keyakinan dan kepercayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terhadap Ahli Parlimen negeri itu.
Mengambil contoh pelantikan Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang memegang portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyifatkan pelantikan itu memperlihatkan Wan Junaidi ada kemampuan mengendalikan kemelut politik secara telus.
Malah Setiausaha GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi turut menyambut baik pelantikan menteri-menteri lain termasuk dirinya.
"Dibawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dapat saya katakan beliau memegang penuh keyakinan terhadap pimpinan Sarawak.
“Jika kita lihat ketika situasi politik terjadi terdahulu, banyak isu yang dibangkitkan melibatkan urus tadbir parlimen. Jadi pelantikan ini dilihat amat penting dan besar tanggungjawab serta sesuai dengan ciri keperibadian yang ada pada beliau (Datuk Seri Wan Junaidi),” ujarnya.
BACA: Kabinet baharu: 16 menteri dan timbalan menteri dari Sabah, Sarawak
BACA: Kabinet baharu: PM beri 100 hari buktikan pencapaian awal
Tambah Alexander, GPS turut menyambut baik pelantikan Ahli Parlimen Limbang, Datuk Hasbi Habibollah dalam porfolio Kementerian Pembangunan Luar bandar.
Katanya, ia sudah pasti membantu memacu pembangunan Sarawak secara keseluruhannya.
“Selain itu, pelantikan pimpinan Sarawak di Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) juga dilihat memberi kepentingan dan tumpuan yang dapat manfaat kepada kemajuan pembangunan di luar bandar negeri ini,” tambahnya.
Terdahulu, Perdana Menteri telah mengumumkan pembentukan ahli kabinet dengan menamakan empat menteri penuh manakala enam timbalan menteri.
Selain Wan Junaidi, tiga lagi pemimpin Sarawak memegang portfolio menteri penuh iaitu Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi; serta Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri.
Senarai penuh Kabinet Malaysia 2021
Topic Berkaitan
#Kabinet Malaysia2021
#Keluarga Malaysia
#Kami Mohon
#Ismail Sabri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan