awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebimbangan meningkat terhadap kemungkinan penggantungan perkhidmatan MSF di Gaza
OIC sambut baik fasa kedua pelan damai, pembentukan jawatankuasa Palestin
Naim Moktar hargai sokongan padu GRS dalam kempen PRK Kinabatangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelantikan AJK PAC perlu disempurnakan pada hari pertama Parlimen bersidang

Astro Awani
Astro Awani
29/10/2020
06:01 MYT
Pelantikan AJK PAC perlu disempurnakan pada hari pertama Parlimen bersidang
Pengerusi PAC, Wong Kah Woh dalam satu kenyataan berkata, pelantikan itu penting bagi memastikan urusan PAC dapat bersambung semula setelah dilumpuhkan sejak bulan Mac yang lepas. - Foto: Twitter
PELANTIKAN Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen perlu disempurnakan di hari pertama Parlimen bersidang pada 2 November ini.
Pengerusi PAC, Wong Kah Woh dalam satu kenyataan berkata, pelantikan itu penting bagi memastikan urusan PAC dapat bersambung semula setelah dilumpuhkan sejak bulan Mac yang lepas.
Menurutnya, beliau telah menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun minggu lepas dan menyuarakan cadangan tersebut.
“Saya berharap Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Jawatankuasa Pilihan Parlimen dapat memandang serius perkara ini dan masalah yang dihadapi oleh PAC sekarang.
“Walaupun Pengerusi dan Timbalan Pengerusi PAC telah dilantik dalam sidang Parlimen pada 27 Ogos yang lepas, mesyuarat-mesyuarat PAC yang tergendala sejak bulan Februari masih tidak dapat dijalankan memandangkan ahli-ahli PAC masih belum dilantik,” katanya.
Tambahnya, beliau bersama Sekretariat PAC berbincang berkenaan kes-kes tertangguh dan mengatur jadual jawatankuasa untuk bermesyuarat sejurus selepas Parlimen bersidang semula dengan pelantikan ahli-ahli PAC.
“Kita berhasrat untuk membentangkan satu laporan PAC pada minggu pertama parlimen dan satu lagi laporan PAC pada minggu kedua.
“Suatu PAC yang efektif dan efisien adalah penting untuk Parlimen dalam memainkan peranannya untuk semak seimbang pentadbiran eksekutif.
“Kita tidak mampu untuk apa-apa penangguhan lanjut dalam melaksanakan kerja kita lagi,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Parlimen
#Dewan Rakyat
#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
#PAC
#Wong Kah Woh
#Ipoh
#Ipoh Timur
#rakyat
#Yang Dipertua Dewan Rakyat
#Azhar Azizan Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan