awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelantikan ketua kampung tradisi fasa pertama diselesaikan sebelum sidang DUN - Saarani

Bernama
Bernama
11/05/2023
13:41 MYT
Pelantikan ketua kampung tradisi fasa pertama diselesaikan sebelum sidang DUN - Saarani
Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan ketua kampung bagi fasa pertama itu hanya membabitkan kawasan DUN yang diterajui kerajaan negeri sahaja manakala 26 lagi DUN pembangkang akan dilakukan secara berperingkat. - Foto FB Saarani Mohamad
TAIPING: Kerajaan Negeri Perak akan menyelesaikan pelantikan ketua kampung tradisi bagi fasa pertama di 33 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum Persidangan DUN Perak diadakan pada bulan ini.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan ketua kampung bagi fasa pertama itu hanya membabitkan kawasan DUN yang diterajui kerajaan negeri sahaja manakala 26 lagi DUN pembangkang akan dilakukan secara berperingkat.
Beliau berkata pelantikan itu nanti akan melibatkan 829 ketua kampung tradisi di 59 DUN di negeri ini.
"Ada beberapa kriteria yang kita ambil kira sebelum melantik ketua kampung iaitu individu itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan tidak melebihi had umur seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
"Kementerian telah mensyaratkan seseorang ketua kampung itu hendaklah bermastautin di kampung itu barulah individu itu mampu memainkan peranan dan mereka yang benar-benar layak sahaja akan dilantik.
"Jadi, tidak timbul pun isu pelantikan ketua kampung tradisi mempunyai sebarang masalah," katanya pada sidang media selepas Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan di Dewan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di sini hari ini.
Saarani berkata pelantikan 158 ketua kampung baharu serta tujuh ketua kampung India telah selesai dilantik sebelum ini.
Pada perkembangan lain, Saarani berkata kerajaan negeri sudah bersedia menjadi peneraju industri automotif serantau di Tanjung Malim dengan pelbagai pelaksanaan menambah baik dan membina kemudahan serta infrastruktur sedang giat dijalankan.
Ia katanya termasuk pembinaan lebih banyak perumahan baharu dilaksanakan di sekitar kawasan Tanjung Malim selain kemudahan hospital dan sekolah akan turut dibina bagi menampung keperluan penduduk setempat.
"Kita semua sedia maklum perpindahan operasi syarikat automotif Proton secara keseluruhannya dari Shah Alam ke Tanjung Malim secara berperingkat mulai sekarang sehingga 2027, kita menjangkakan kira-kira 50,000 orang akan tinggal di Tanjung Malim," katanya.
Terdahulu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia mempunyai potensi untuk menjadi peneraju industri automotif serantau.
Anwar semasa berucap pada sambutan ulang tahun Proton ke-40 di Kuala Lumpur pada Ahad berkata rancangan sedang dijalankan untuk membangunkan kilang pengeluar kereta nasional Proton di Tanjung Malim untuk menjadi hab serantau dengan pelaburan asing daripada pembuat kereta China Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelantikan ketua kampung tradisi
#fasa pertama
#sidang dun
#Menteri Besar Perak Saarani Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan