MALAYSIA
Pelantikan Pengerusi Perbadanan Labuan berdasarkan merit - Dr Zaliha

Dr Zaliha berkata pengerusi Perbadanan Labuan memainkan peranan penting dalam membentuk dasar, menyelia hal ehwal pihak berkuasa tempatan serta memudahkan projek pembangunan di wilayah tersebut. - Gambar fail
LABUAN: Pelantikan pengerusi baharu Perbadanan Labuan perlu berasaskan merit dan kewibawaan bukannya sentimen tempatan demi memastikan kemajuan sosial dan ekonomi pulau itu dan rakyatnya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
Ringkasan AI
- Menteri Wilayah Persekutuan menegaskan pelantikan pengerusi Perbadanan Labuan perlu berasaskan merit, kewibawaan dan rekod prestasi, bukan sentimen tempatan, bagi memastikan kemajuan sosial dan ekonomi Labuan.
- Kepimpinan yang dilantik perlu berwawasan, memahami dasar kerajaan, serta mampu memacu kerjasama awam-swasta dan menarik pelaburan dalam sektor logistik, minyak dan gas, pelancongan serta kewangan.
- Jawatan pengerusi kini kosong selepas tamatnya tempoh perkhidmatan Tan Sri Anifah Aman; pelantikan baharu diharap dapat meneruskan momentum pembangunan pascapandemik dan meningkatkan taraf hidup rakyat Labuan.
Beliau berkata pemilihan pengerusi perlu berdasarkan kewibawaan mereka dan rekod prestasi penting, terutamanya bagi menerajui Labuan yang sedang melalui fasa pemulihan pascapandemik, persaingan ekonomi serantau dan keutamaan kepada pembangunan negara.
"Labuan, sebagai Wilayah Persekutuan semakin mendapat perhatian pelabur dari dalam dalam luar negara terutama dalam sektor logistik, minyak dan gas, pelancongan serta kewangan," katanya.
Dr Zaliha berkata momentum itu mesti dikekalkan dengan kepimpinan yang proaktif dan strategik.
"Kita perlu melantik seseorang yang boleh berinteraksi dengan pihak berkepentingan, memacu kerjasama awam-swasta dan memastikan inisiatif kerajaan diterjemahkan kepada hasil yang nyata untuk rakyat," katanya.
Beliau berkata pengerusi Perbadanan Labuan memainkan peranan penting dalam membentuk dasar, menyelia hal ehwal pihak berkuasa tempatan serta memudahkan projek pembangunan di wilayah tersebut.
Beliau menambah walaupun perspektif rakyat tempatan penting, mereka seharusnya melengkapi bukan melangkau keperluan bagi kepimpinan berkesan yang berasaskan merit, pengalaman dan prestasi.
Jawatan pengerusi Perbadanan Labuan kini kosong berikutan tamatnya tempoh perkhidmatan Tan Sri Anifah Aman bulan lepas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami