awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelarasan gaji penjawat awam: Ini perkara yang anda perlu tahu

Astro Awani
Astro Awani
16/08/2024
04:22 MYT
Pelarasan gaji penjawat awam: Ini perkara yang anda perlu tahu
Pelarasan gaji penjawat awam dijangka membawa kesan positif kepada kesejahteraan ekonomi kakitangan awam di seluruh negara. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam hari ini, yang dijangka membawa kesan positif kepada kesejahteraan ekonomi kakitangan awam di seluruh negara.
Berikut adalah perkara penting yang perlu anda tahu:
1. Kenaikan gaji untuk pelbagai kumpulan jawatan
Pelarasan Gaji SSPA
Pelarasan Gaji SSPA
Pelaksana: Gaji akan naik sebanyak 8% pada Fasa 1 (Disember 2024) dan akan naik lagi sebanyak 7% pada Fasa 2 (Januari 2026).
Pengurusan dan Profesional: Gaji akan naik sebanyak 4% pada Fasa 1 (Disember 2024) dan akan naik lagi sebanyak 3% pada Fasa 2 (Januari 2026).
Kumpulan Pengurusan Tertinggi: Gaji akan naik sebanyak 4% pada Fasa 1 (Disember 2024) dan akan naik lagi sebanyak 3% pada Fasa 2 (Januari 2026).
Fasa Pelarasan Gaji
fasa Pelarasan Gaji
2. Dengan pelarasan gaji dan pergerakan tahunan, pendapatan penjawat awam dijangka meningkat dalam julat 16.8 peratus hingga 42.7 peratus.
Julat Peningkatan Pendapatan
Julat Peningkatan Pendapatan
3. Simulasi pendapatan bulanan untuk beberapa jawatan
Simulasi Jumlah Pendapatan Bulanan
Simulasi Jumlah Pendapatan Bulanan
Pembantu Hidupan Liar (Gred G11): Gaji akan naik dari RM1,795.00 kepada RM2,115.00 pada Disember 2024, dan kepada RM2,327.00 pada Januari 2026.
Jururawat (Gred U29): Gaji akan naik dari RM2,457.00 kepada RM2,697.00 pada Disember 2024, dan kepada RM2,994.74 pada Januari 2026.
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Gred DG41(T5): Gaji akan naik dari RM3,838.00 kepada RM4,085.04 pada Disember 2024, dan kepada RM4,559.24 pada Januari 2026.
4. Simulasi pendapatan bulanan untuk pasukan keselamatan
Simulasi Jumlah Pendapatan Bulanan
Simulasi Jumlah Pendapatan Bulanan
Prebet (Askar) Gred ZA1: Gaji akan naik dari RM2,379.00 kepada RM2,619.00 pada Disember 2024, dan kepada RM2,857.63 pada Januari 2026.
Konstabel Polis Gred YA1: Gaji akan naik dari RM2,256.00 kepada RM2,496.00 pada Disember 2024, dan kepada RM2,726.02 pada Januari 2026.
5. Jumlah pendapatan merangkumi gaji pokok dan elaun, tetapi tidak termasuk elaun khusus.
6. Penjawat awam boleh lakukan pengiraan gaji melalui pautan berikut:
View this post on Instagram
A post shared by Jabatan Perkhidmatan Awam
Topic Berkaitan
#Gaji penjawat awam
#kenaikan gaji penjawat awam 2024
#penjawat awam naik gaji
#Sistem Saraan Perkhidmatan Awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan