awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
AI.com milik rakyat Malaysia dijual AS$70 juta: Ini 5 perkara menarik!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelawak lelaki miliki ganja didakwa Jumaat

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
19/12/2024
10:45 MYT
Pelawak lelaki miliki ganja didakwa Jumaat
Ketika serbuan, polis menemukan dua peket plastik berisi daun kering disyaki ganja dan selebriti itu juga disahkan positif dadah. - Gambar fail/PDRM
SEPANG: Pelakon dan pelawak yang ditahan polis kerana disyaki memiliki dadah jenis ganja di rumahnya di Cyberjaya, Sabtu lalu akan dituduh di mahkamah Sepang pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya mendapat arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk mendakwa lelaki berusia 41 tahun itu selepas kertas pertuduhan dirujuk pada Khamis.
"Lelaki yang merupakan selebriti ini akan dituduh di mahkamah pada esok (Jumaat), arahan baru diterima daripada Timbalan Pendakwa Raya," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Menurut Norhizam, bagi pertuduhan mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 suspek akan akan dijalankan di Mahkamah Sesyen.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan sebat tidak kurang daripada 10 sebatan, jika sabit kesalahan.
Sementara bagi pertuduhan melibatkan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952, pula suspek akan didakwa di Mahkamah Majistret.
Artis terbabit ditahan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang pada Sabtu.
Dalam serbuan berkenaan, polis turut menemukan dua peket plastik berisi daun kering disyaki ganja seberat 60.3 gram dan selebriti itu juga disahkan positif dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC).
Topic Berkaitan
#Pelakon dan pelawak
#miliki ganja
#Cyberjaya
#didakwa di Mahkamah Sepang
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan