awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelayan restoran warga China didakwa bunuh rakan senegara

Bernama
Bernama
17/12/2024
10:46 MYT
Pelayan restoran warga China didakwa bunuh rakan senegara
Yang Yahong didakwa membunuh rakan sekerjanya, juruwang Zhang Wei di sebuah restoran di pusat beli-belah di Cheras 29 Nov lepas. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang pelayan restoran wanita warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh rakan senegaranya dengan menikam mangsa beberapa kali di sebuah restoran pusat beli-belah di Cheras, bulan lepas.
Yang Yahong, 34, mengangguk faham selepas pertuduhan itu dibacakan dalam Bahasa Mandarin di hadapan Majistret Illi Marisqa Khalizan.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kesalahan itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Wanita itu didakwa membunuh rakan sekerjanya, juruwang Zhang Wei, 34, di sebuah restoran di pusat beli-belah berkenaan pada 4.30 petang, 29 Nov lepas, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Jika sabit Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun serta sebat tidak kurang 12 kali.
Mahkamah menetapkan 12 Feb depan untuk sebutan kes bagi laporan bedah siasat dan forensik.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syafika Azwa Fikri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Sebelum ini, media melaporkan mangsa ditemukan meninggal dunia selepas ditikam beberapa kali pada bahagian badannya dengan pisau. Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan dengan ambulans ke hospital.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelayan restoran
#bunuh rakan
#warga china
#pusat beli-belah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan