awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MBSB IB jangka pertumbuhan ekonomi Malaysia 4.3 peratus pada 2026
Zelenskyy lantik ketua risikan tentera terajui pentadbiran Presiden dalam rombakan besar
Trump rancang ubah suai ‘padang golf Presiden’ walaupun belum pernah bermain di situ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelbagai aktiviti menarik sempena Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan peringkat Perak

Bernama
Bernama
14/08/2025
22:50 MYT
Pelbagai aktiviti menarik sempena Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan peringkat Perak
Mohd Azlan pada sesi temu bual bersama radio PerakFM di Ipoh semalam. - Foto Jabatan Penerangan Negeri Perak
IPOH: Pelbagai aktiviti menarik dianjurkan sempena Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2025 Peringkat Negeri Perak yang akan diadakan di Bulatan Sultan Azlan Shah di sini hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri Mohd Azlan Helmi berkata majlis yang berlangsung selama sehari bermula 3 petang itu akan dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad pada sebelah malam.
Beliau berkata antara aktiviti dan program yang akan diadakan adalah pameran serta perkhidmatan pelbagai agensi kerajaan dan swasta, Program Jualan Rahmah, jualan kopi dan pastri, pertandingan e-sukan serta pertandingan busana anak merdeka daripada kanak-kanak Tabika KEMAS.
"Para pengunjung juga akan disajikan dengan persembahan oleh artis terkemuka tanah air iaitu Zamani Slam serta beberapa artis tempatan lain," katanya pada sidang media selepas sesi temu bual bersama radio PerakFM semalam.
Beliau berkata pengunjung yang bertuah akan berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah yang disediakan pihak penganjur.
Mohd Azlan berkata Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan kali ini akan diserikan dengan kehadiran Pentarama Merdeka@HOHO dengan pelbagai elemen pendidikan dan semangat cintakan negara menerusi aktiviti yang akan diadakan seperti kuiz, sesi penerangan serta publisiti Hari Kebangsaan.
Foto Jabatan Penerangan Negeri Perak
Foto Jabatan Penerangan Negeri Perak
Beliau berkata dengan kerjasama strategik bersama Perak Transit, Pentarama Merdeka@HOHO itu juga akan menelusuri kawasan di sekitar Ipoh dan berhenti di beberapa hentian untuk mendekati masyarakat tempatan.
"Usaha ini adalah sebahagian daripada pelan publisiti Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 di bawah Kementerian Komunikasi.
"Kami mengalu-alukan kehadiran semua warga Perak untuk memeriahkan majlis yang diadakan pada Jumaat ini sebagai menunjukkan sokongan kepada negara dan menyemarakkan semangat cintakan tanah air," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Saarani Mohamad
#Bulan Kebangsaan
#Perak
#Bulatan Sultan Azlan Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan