Pihak luar perlu sama-sama membantu memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kepentingan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Kerjasama strategik melalui agensi berkepentingan dan badan bukan kerajaan misalnya dapat menghentikan kekeliruan rakyat.

Pengarah Bahagian Cukai Dalam Negeri, Jabatan Kastam Subromaniam Tholasy berkata, pendedahan meluas sehingga ke akar umbi amat penting.

Katanya sudah tiba masanya kesemua pihak berganding bahu menyebarkan maklumat.

GST merupakan cukai kepenggunaan yang dikenakan ke atas nilai ditambah di setiap peringkat pengagihan dan pengedaran.

Kadar GST ditetapkan enam peratus akan berkuat kuasa mulai 1 April 2015 dimana ia sekaligus menghapuskan cukai berganda SST yang bernilai 16%.