PUTRAJAYA: Mewajibkan pembelian 70 peratus produk halal dan bumiputera bagi program rasmi kerajaan adalah antara cadangan yang akan dibentangkan di Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024, sebagai resolusi bagi memperkasa industri halal, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata resolusi lain ialah melaksanakan program Halal Business Transformation melalui aktiviti penilaian ketersediaan serta bimbingan perniagaan, dan cadangan pelaksanaan Program Home-Grown Halal Champion yang merangkumi aktiviti pembangunan vendor dan bimbingan perniagaan dengan kerjasama syarikat multinasional.
"..ini termasuk mengembangkan polisi 30 peratus kemasukan produk usahawan bumiputera dalam sektor peruncitan moden melibatkan pasar raya besar, pasar raya mini dan pasar raya tempatan.
"Ia termasuk membimbing dan mengembangkan 10 Halal Championships baharu untuk produk unit simpanan stok (SKU) terpilih antaranya biskut, mi segera, makanan dalam tin, santan dan bahan-bahan bakeri," kata kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.
KEB 2024 yang bertemakan 'Positif, Progresif, Inovatif' anjuran Kementerian Ekonomi dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), akan berlangsung selama tiga hari bermula esok, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Ahmad Zahid berkata resolusi-resolusi berkenaan adalah dapatan daripada sesi libat urus KEB 2024 yang dilaksanakan baru-baru ini, bagi tujuan memperkasakan industri halal, untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju global dalam ekonomi halal.
Berkongsi kadar sumbangan industri halal kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2023, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata ia direkodkan pada kadar 7.9 peratus, dengan jumlah eksport RM53.72 bilion iaitu 3.8 peratus berbanding jumlah keseluruhan ekspot negara yang bernilai RM1.43 trilion.
Sebagai antara industri yang berpotensi dan bernilai tinggi yang menyumbang kepada pertumbuhan sosio-ekonomi negara, beliau berkata kerajaan secara proaktif akan memastikan usaha memperkasa industri halal diteruskan.
Memberi contoh penubuhan Majlis Pembangunan Industri Halal (MPIH), Ahmad Zahid yang dilantik sebagai Pengerusi MPIH berkata majlis itu bertanggungjawab dalam memacu pembangunan industri halal ke arah lebih inklusif serta berdaya saing di peringkat domestik dan persada antarabangsa.
Katanya MPIH menghubungkan bidang kuasa kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri melalui keanggotaan yang terdiri daripada 14 menteri; 13 menteri besar dan ketua menteri; ketua setiausaha negara; peguam negara dan ketua setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.
KEB 2024 memberi tumpuan kepada 10 kumpulan meliputi 10 sektor iaitu Reformasi Pendidikan dan Modal Insan; Institusi Pendidikan Teknikal, Pendidikan dan Latihan Vokasional (Pilihan Kerjaya Utama) dan Pemantapan Industri Halal; Pembangunan Luar Bandar dan Pemerkasaan Masyarakat Orang Asli.
Tumpuan lain termasuk Penciptaan Kekayaan dan Penguasaan Korporat; Daya Saing Perusahaan Bumiputera; Penguasaan Teknologi Baharu; Felda dan Tanah Wilayah Persekutuan; Sosioekonomi Bumiputera Sabah dan Sosioekonomi Bumiputera Sarawak.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menghadiri majlis penutup KEB 2024 pada 2 Mac ini, manakala perasmian majlis akan disempurnakan oleh Ahmad Zahid.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 28 2024
Ahmad Zahid berkata resolusi-resolusi berkenaan adalah dapatan daripada sesi libat urus KEB 2024 yang dilaksanakan baru-baru ini. - Gambar fail/Bernama
Konsert Dato' M.N45ir Cipta bakal gegar Axiata arena 10 Ogos
Maestro muzik tersohor, Datuk M Nasir akan tampil dengan Konsert Dato' M.N45ir Cipta yang dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos depan.
Lebih 569 tan bantuan dihantar melalui jeti sementara ke Gaza - AS
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan telah dihantar melalui jeti sementara ke Gaza sejak ia mula beroperasi minggu lepas.
Nama lain, kes libat lelaki Israel mungkin dilakukan orang lain - Peguam
Peguam berkata, menerusi pasport Perancis yang digunakan untuk memasuki Malaysia, nama anak guamnya ialah Shalom Avitan, namun dalam kertas pertuduhan tertulis, Avitan Shalom.
Didiagnosis dengan ‘mild depression’, Dina Nadzir hilang kawan
Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir berkongsi bahawa dirinya kehilangan beberapa orang rakan dalam hidupnya selepas didiagnosis dengan kemurungan.
Kepimpinan Iran: Apa jadi selepas ini?
Bersama Prof Dr Mohd Roslan Mohd Noor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, UM.
Maritim Perak rampas 61 set bubu naga bernilai RM4,000
Maritim Negeri Perak rampas sebanyak 61 set bubu naga bernilai lebih RM4,000 di sekitar Pulau Talang dan Pantai Remis, Lumut semalam.
[TERKINI] Kes Avitan Shalom miliki senjata, peluru bermula 30 September
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan sembilan hari bermula 30 September perbicaraan seorang lelaki, Avitan Shalom.
Carta aliran wang Touch n Go eWallet mudahkan pengguna pantau perbelanjaan
Ia memaparkan satu carta perbelanjaan, memudahkan pengguna melihat ke manakah perbelanjaan mereka setiap bulan mengikut kategori.
AWANI Ringkas: Masalah teknikal dipercayai punca nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Euro 2024: Harry Kane berisiko tidak tersenarai dalam skuad England
Status penyerang Bayern Munich, Harry Kane, masih diragui untuk tersenarai dalam skuad Euro 2024 susulan masih bergelut dengan kecederaan.
KEB: 74 resolusi, 150 program dimuktamadkan hari ini - Ahmad Zahid
Resolusi dan program itu, telah dirangkumkan di bawah Transformasi Ekonomi Bumiputera.
KEB mesra Bumiputera atau hanya wayang - Ahmad Fadhli
Pas mempersoalkan hala tuju Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) Madani yang dilaksana Kerajaan Perpaduan sama ada mesra Bumiputera atau hanya sekadar wayang.
Kejayaan Bumiputera penting untuk kejayaan Malaysia Madani - Nga
Nga Kor Ming berkata kejayaan masyarakat Bumiputera penting untuk menjayakan aspirasi Malaysia Madani yang inklusif merangkumi semua kaum.
Kerajaan peruntuk dana RM1 bilion lahir generasi baharu usahawan Bumiputera - PM Anwar
Kerajaan akan memperuntukkan dana berjumlah RM1 bilion bagi melahirkan generasi baharu usahawan bumiputera dalam bidang pertumbuhan tinggi.
Golongan pertengahan Bumiputera digesa main peranan pencipta nilai - Rafizi
Golongan pertengahan Bumiputera digesa agar mengubah peranan mereka daripada sebagai penambah nilai kepada pencipta nilai bagi membantu meningkatkan ekonomi negara.
Ramli cadang buka kuota Orang Asli masuk ke MRSM, SBP
Kerajaan dicadang membuka sekurang-kurangnya lima peratus kuota kemasukan pelajar Orang Asli ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
PM Anwar harap KEB 2024 cetus anjakan usaha perkasa agenda ekonomi Bumiputera
KEB 2024 juga diharap dapat menjadi platform bagi merancang hala tuju dalam pembangunan ekonomi Bumiputera.
PM luang masa tinjau perjalanan KEB 2024
Perdana Menteri meluangkan masa meninjau perjalanan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 yang bermula hari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
KEB untuk nilai transformasi ekonomi bumiputera, bukan ganti DEB - Mohamad Hasan
Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 bertujuan menilai semula transformasi ekonomi bumiputera dan bukannya untuk menggantikan Dasar Ekonomi Baru.
KEB 2024: “Jangan biarkan ‘Ali Baba’ terus manipulasi ekonomi Bumiputera” - Ahmad Zahid
'Ali dan Baba' tidak seharusnya dibenarkan memanipulasi peluang dan mengambil jalan mudah mengaut keuntungan, tegas Ahmad Zahid.