awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
MAS bakal umum pengganti Anderson pada bulan Mac - Andy
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelengkap Dua Jiwa Zahiril Adzim & Sheira Aiyob

Astro Publication
Astro Publication
11/02/2015
05:07 MYT
Pelengkap Dua Jiwa Zahiril Adzim & Sheira Aiyob
decfecfe.jpg Kedua-duanya pernah mengalami episod cinta yang tidak kesampaian. Tambah Zahiril , “Kadang-kadang kita perlu melalui satu fasa di mana kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum berjumpa dengan orang yang betul untuk dijadikan suri hidup. Dan kelebihannya, bagi saya, saya dapat belajar untuk kenal hati budi seseorang. Pernah juga saya berkawan dengan orang lain dalam tempoh yang lama tapi setakat berkawan sajalah. Tiada apa-apa di penghujungnya. Mungkin juga sebab Allah kata, kalau dah bukan jodoh, sekadar berkawan sajalah. Dengan Shera, kurang setahun berkawan dan lepas itu terus bertunang. Jadi itulah kuasa jodoh yang Allah sudah tetapkan,” ujarnya tenang
Lumrah sifat manusia, dikurniakan dengan kelebihan dan kekurangan agar ia saling melengkapi. Begitu juga dengan pasangan selebriti ini. Bagi mereka, kekurangan yang ada pada diri masing-masing itu sebenarnya adalah kekuatan yang mengukuh lantas menjulang hubungan mereka ke satu fasa baru. Satu fasa di mana suami dan isteri ikhlas untuk saling berkorban, bahkan telah sama-sama bersetuju untuk memikul segala beban dan kesusahan, sama-sama sepakat untuk merayakan kenikmatan hidup bersama-sama, tanpa perlu berdusta atau menyembunyikan apa-apa.
Bersetuju dengan hukum alam ini, ujar Shera, “Saya ini cepat panik dan paranoid. Contohnya kalau ada masalah, saya sela lu memikirkannya siangmalam, malah cuba kupas itu dan ini. Tapi Zahiril takkan fikir hingga ke tahap itu. Dia lebih relaks,” ujarnya. Celah Zahiril pula yang setia melayani kerenah Anaqi,
“Bagi saya kedua-dua pasangan tidak boleh fikir atau panik dengan cara yang sama. Macam saya sendiri, sebelum berkahwin, tak pernah terfikir masalahmasalah yang remeh kerana saya abaikan saja. Tapi sesudah berkahwin, ia datang secara tak sengaja. Maka perlu ada keseimbangan. Walau gelabah macam mana sekalipun, saya perlu relaks dan tenangkan Shera,” katanya. Celah Shera pula, “Contohnya, waktu single dulu, boleh saja nak uruskan sendiri apa jua urusan. Tapi apabila kita sudah berkahwin, kita tahu ada orang yang menjaga kita. Dan kadangkadang tu mulalah nak manja sikit atau mengada-ngada, haha! Sebab kita tahu ada orang yang akan melayan,” ujarnya sambil menjeling manja ke arah Zahiril.
Topic Berkaitan
##
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan