awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelepasan air sisa Fukushima: Ahli Parlimen Korea Selatan, aktivis Jepun buat bantahan

Bernama
Bernama
11/07/2023
11:49 MYT
Pelepasan air sisa Fukushima: Ahli Parlimen Korea Selatan, aktivis Jepun buat bantahan
Puluhan penunjuk perasaan dari Korea Selatan berhimpun di hadapan kediaman rasmi perdana menteri Jepun, termasuk Ahli Parlimen pembangkang utama dari Parti Demokratik Korea dan Ahli Parlimen bebas. - AP
TOKYO: Ahli Parlimen pembangkang dan nelayan Korea Selatan, bersama aktivis Jepun, mengadakan bantahan di Tokyo pada Isnin bagi menentang rancangan pelepasan air sisa radioaktif dari loji kuasa nuklear Fukushima yang musnah dan menuntut kerajaan Jepun membatalkan rancangan itu, lapor Xinhua.
Kira-kira 20 penunjuk perasaan dari Korea Selatan berhimpun di hadapan kediaman rasmi perdana menteri Jepun, termasuk Ahli Parlimen pembangkang utama dari Parti Demokratik Korea dan Ahli Parlimen bebas.
Pelepasan air sisa radioaktif Fukushima melangkaui kepentingan negara Jepun dan akan membawa kepada pencemaran air laut di seluruh dunia, suatu tindakan yang menjejaskan dunia dan kemanusiaan, kata Ju Cheol-hyeon, ahli Perhimpunan Kebangsaan Korea Selatan.
Wakil nelayan Korea Selatan Ryang Wun-tek berkata tindakan itu akan membawa kepada akibat yang serius dan sudah pasti akan memberi kesan besar kepada dunia, sambil menuntut kerajaan Jepun menghentikan rancangan itu sehingga penyelesaian selamat dapat dicapai.
Sejurus mendarat di Jepun pada Isnin, Ahli Parlimen Korea Selatan itu menyertai bantahan di kediaman perdana menteri di Tokyo.
Sepanjang tiga hari di Jepun, mereka merancang membuat bantahan di Pejabat Serantau Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Nuklear Jepun dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa di Tokyo dan berkumpul di hadapan Diet Kebangsaan Jepun.
Yasunari Fujimoto daripada kumpulan warga Forum Keamanan, berkata berada bersama Ahli Parlimen Korea Selatan dalam protes itu penting kerana pendapat negara lain di sepanjang Lingkaran Pasifik perlu diambil kira, oleh itu kerajaan Jepun wajar mendengar pandangan negara-negara berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bantahan
#aktivis jepun
#Korea Selatan
#sisa air loji nuklear
#Fukushima
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan