Skip to main content

Malaysia

Pelepasan khas pada Jumaat di negeri Melaka jika Aidilfitri pada Rabu

41467545300_950x600.jpg
Penjawat awam negeri Melaka diberi pelepasan khas daripada bertugas pada Jumaat (8 Julai) sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada Rabu ini (6 Julai).

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Naim Abu Bakar berkata pelepasan khas daripada bertugas itu tidak terpakai sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada Selasa.

"Orang awam yang merancang untuk mendapatkan perkhidmatan kerajaan pada hari pelepasan khas tersebut digalakkan untuk mengunjungi jabatan dan agensi yang berkenaan sebelum cuti umum Hari Raya Aidilfitri," katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya pelaksanaan arahan pelepasan itu termasuk semua badan berkanun negeri, pihak berkuasa tempatan dan anak syarikat kerajaan negeri.

Advertisement

Must Watch Video