Skip to main content

Malaysia

Pelepasan rizab minyak akan turunkan harga - Trump

U.S. President Donald Trump
TRUMP: Kami akan melakukannya dan kemudian kami akan mengisinya semula. -Gambar fail

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata beliau akan melepaskan rizab minyak strategik bagi menstabilkan harga yang meningkat secara mendadak, sambil menambah bahawa rizab itu akan diisi semula selepas itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

“Kami akan melakukannya dan kemudian kami akan mengisinya semula,” kata Trump kepada stesen berita Local 12 pada Rabu, sambil menyatakan langkah itu akan menurunkan harga.

Advertisement

Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) sebelum ini mengumumkan bahawa ia akan melepaskan jumlah minyak pada paras rekod ke pasaran global. Sebanyak 32 negara anggota, termasuk AS akan melepaskan sejumlah 400 juta tong minyak mentah, menurut kenyataan IEA.

Jabatan Tenaga AS memaklumkan ia merancang untuk melepaskan 172 juta tong bermula minggu depan dalam tempoh kira-kira empat bulan.

Menurut kerajaan AS, rizab petroleum strategik negara itu merupakan simpanan kecemasan minyak mentah terbesar di dunia. Ia ditubuhkan terutamanya bagi mengurangkan kesan krisis bekalan serta memenuhi obligasi antarabangsa.

-- BERNAMA-dpa

 

Must Watch Video