Walaupun Kedah telah diisytiharkan sebagai kawasan jangkitan penyakit anjing gila, bagi pencinta haiwan, Halijah Idris,68 atau lebih mesra dikenali sebagai Mak Intan, beliau telah bersedia lebih awal untuk melindungi haiwan peliharaannya.
Memelihara lebih 600 ekor anjing jalanan di tanah rizab kerajaan kira-kira 500 meter di belakang Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini, Mak Intan yang meneruskan perjuangan arwah suaminya Muhammad Azmi Isma bagi membela anjing-anjing jalanan yakin dengan penjagaan rapi dan amalan pencegahan dilakukannya.
Ketika ditemui pemberita di tempat pemeliharaan anjingnya, Mak Intan sedang leka memberikan antibiotik kepada anjing-anjing dan sedang membersihkan tempat makanan dan minuman untuk anjing tersebut.
Beliau berkata, dua minggu sebelum pengisytiharan jangkitan penyakit itu, beberapa rakan arwah suaminya dari Thailand ada memaklumkan mengenai wabak berkenaan yang dijangka merebak ke utara negara ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, anjing-anjing peliharaannya dikawal rapi melalui pemberian vaksin awal bagi mencegah pelbagai penyakit termasuk penyakit anjing gila dan memeriksa suhu badan setiap anjing belaannya.
Anjing yang mempunyai suhu badan 40 darjah celcius ke atas katanya akan diasingkan dalam satu sangkar khas dan dipantau rapi, dan hanya akan dilepaskan selepas tiga hari.
"Awal-awal dah vaksin, lepas itu jaga makanan, kebersihan, minuman dan lepas itu bagi antibiotik sementara dapatkan ubat rabies daripada Jabatan Haiwan.
Mak Intan kurung dan tak lepas, tak lepas luar langsung, tak campur luar langsung, Mak Intan kawal 24 jam dan tak kasi campur anjing luar, tapi buat masa ini kesemua anjing-anjing Mak Intan tak ada tanda-tanda penyakit itu," katanya.
Jelasnya, beliau mendapatkan bekalan ubat-ubatan dan antibiotik serta vaksin daripada beberapa doktor haiwan daripada Persatuan Pencegahan Penganiyaan Haiwan Kedah (SPCA).
Semalam, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengisytiharkan tiga negeri di utara Semenanjung Malaysia -- Perlis, Kedah dan Pulau Pinang sebagai kawasan jangkitan penyakit anjing gila selepas 20 kes jangkitan ke atas manusia dikesan di negeri berkenaan.
Bernama
Sat Sep 19 2015
Pemilik Pusat Perlindungan Haiwan Pak Mi, Halijah Idris,68, atau lebih dikenali sebagai Mak Intan sedang membelai anjingnya ketika ditemui di Pusat Perlindungannya di Jalan Bendahara pada Jumaat. - Foto Astro AWANI
Malaysia lihat Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam rapatkan hubungan Asia Tengah dan Asia Tenggara
Malaysia menyifatkan Kazakhstan sebagai rakan strategik dalam membina hubungan rapat antara Asia Tengah dan Asia Tenggara.
10 Berita Pilihan - (17 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kronologi serangan balai polis sejak 1980
Kronologi serangan terhadap balai polis di seluruh negara sejak 1980.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: JI masih ada saki baki di Asia Tenggara
Professor Datuk Muhammad Nur Manuty berkata, insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram menunjukkan bahawa kumpulan Jemaah Islamiyah masih mempunyai saki baki ahli di Asia Tenggara.
PM diberikan sambutan rasmi sempena lawatan ke Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberikan sambutan rasmi di Kediaman Presiden Kuksaroy pada Jumaat sempena lawatan tiga hari beliau ke Uzbekistan.
AWANI 7:45 [17/05/2024] - Dua anggota polis mati ditembak | Keluarga lebih efektif | Ekonomi global tidak menentu
Tujuh individu direman esok, tragedi serangan Balai Polis Ulu Tiram.
Pengganas JI masih aktif, rekrut ahli keluarga.
Ekonomi tumbuh 4.2 peratus suku pertama 2024.
Bersatu beri tempoh 14 hari, enam ahli berpaling tadah.
Pengganas JI masih aktif, rekrut ahli keluarga.
Ekonomi tumbuh 4.2 peratus suku pertama 2024.
Bersatu beri tempoh 14 hari, enam ahli berpaling tadah.
Lebih 7,000 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata sebanyak 7,065 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara setakat April tahun ini.
Mokhzani letak jawatan pengerusi Maxis, Hamidah dilantik pengerusi sementara
Maxis Bhd hari ini mengumumkan bahawa Pengerusinya, Tan Sri Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun, 2024.
Jangan ganggu polis teliti siasatan - FAM
Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman menasihatkan mana-mana pihak supaya tidak membuat kenyataan yang boleh menghangatkan lagi keadaan.
Jemaah haji diingatkan tidak terlibat aktiviti politik
Selain nasihat berwaspada dengan cuaca panas, bakal haji yang berada di tanah suci dingatkan hanya tumpukan kepada ibadah sahaja dan elak daripada terlibat dalam aktiviti yang berunsurkan politik
Kuching, Bintulu diisytihar kawasan jangkitan rabies
Daripada 16 sampel yang dikumpuL, 12 ekor anjing telah diuji positif membabitkan lapan di Kuching, Padawan (1), Bau (1) dan Bintulu (2).
Jabatan Perkhidmatan Veterinar laksana pelbagai tindakan cegah, kawal rabies
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) menjalankan pelbagai tindakan dalam mencegah, mengawal dan membasmi penyakit rabies.
Lawas Bazaar, Limbang diisytihar kawasan baharu rabies
Pengisytiharan itu susulan dua kes anjing positif rabies di kawasan berkenaan baru-baru ini.
Wabak rabies jangkau 69 kawasan di Sarawak
JPVS menasihatkan pemilik anjing atau kucing untuk memastikan haiwan peliharaan mereka divaksinasi setiap tahun.
NTD, apa yang anda perlu tahu
NTD yang tidak dirawat akan mengakibatkan kemorosotan kognitif dan ketidakupayaan, malah dalam keadaan yang lebih parah boleh menyebabkan malnutrisi serta kematian.
NTD tidak harus dipandang sepi
Jika penyakit seperti itu terus berjangkit tatkala hospital masih penuh dengan pesakit COVID-19, ia pasti akan menambah beban kepada sistem kesihatan negara.
Anjing gigit tangan bayi sampai putus tiada lesen, kini ditahan - MBMB
Anjing jenis Plott Hound itu telah ditahan dan diserahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri untuk tindakan kuarantin selama dua minggu.
Rabies: Sarawak guna kaedah umpan dalam makanan ganti suntikan - Uggah
Semenjak pengisytiharan wabak rabies pada 1 Julai 2017 sehingga 6 Nov tahun lepas, sebanyak 22 kes telah dilaporkan, yang melibatkan 21 kematian.
SSPCA cadang buka klinik pemandulan kucing, anjing atasi rabies
Bantu orang ramai yang kurang berkemampuan membawa haiwan peliharaan mereka ke klinik haiwan swasta bagi dimandulkan.
MAQIS tahan anjing, ayam cuba dibawa masuk dari Thailand
Pengarah Negeri Kedah Lily Rosalind berkata, hasil pemeriksaan di laluan kenderaan mendapati seorang rakyat tempatan cuba membawa masuk haiwan-haiwan tersebut dari Thailand.