Mana-mana pihak yang mempertikaikan pembinaan Rumah Impian Bangsa Johor disifatkan berperangai pelik dan tidak faham tentang isu semasa.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Segamat, Bastien Onn berkata tambah aneh lagi apabila ada suara sumbang yang mendesak kerajaan Johor di bawah pentadbiran menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ditukar.
"Jadi amatlah pelik apabila ada sesetengah pihak yang menyuruh untuk menukar pentadbiran kerajaan Datuk Seri Khaled hanya semata-mata kerana kes yang sedang dalam siasatan dan belum pun dibicarakan.
"Kalau 60,000 Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) dibina pun masih diminta tukar, berapa pula yang dibina di Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang?
"Kemajuan di Johor ini dicapai dengan berkat serta usaha Tuanku Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar yang bijaksana dan prihatin, MBJ yang responsif dan Kerajaan Negeri Johor yang utuh. Sinergi inilah yang menjadikan Johor yang ada pada hari ini," katanya kepada Astro AWANI, di sini, hari ini.
BACA: Sultan Ibrahim akan pastikan projek rumah impian bangsa Johor berjaya
BACA: Jangan ganggu dinamik hala tuju Johor - Bastien
Bastien mengulas dakwaan yang mempertikaikan kemampuan kerajaan negeri dalam isu Rumah Impian Bangsa Johor yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp.
Sultan Ibrahim pada Khamis bertitah akan memastikan projek Rumah Impian Bangsa Johor berjaya dalam membantu rakyat kurang berkemampuan memiliki rumah yang selesa.
Baginda bertitah ini ekoran lembaga pemilihan akan ditubuh untuk membuat tapisan dan penilaian terhadap setiap permohonan.
Bastien turut menyatakan keyakinan terhadap kemampuan negeri Johor yang akan terus mengorak langkah bagi membawa kemajuan negeri ke fasa yang lebih tinggi.
"Sesungguhnya rakyat di negeri Johor ini amat bertuah mempunyai seorang Raja yang amat prihatin kepada rakyatnya.
"Kami bangsa Johor menjunjung kasih kepada ke Bawah Duli Tuanku di atas perkenan Tuanku untuk menghadiahkan skim rumah yang sangat baik kepada rakyat sempena hari keputeraan Tuanku.
"Skim rumah impian Yayasan Sultan Ibrahim (YSI) ini diakui ditawarkan dengan harga yang sangat rendah dengan nilai yang hebat. Sudahlah kerajaan negeri sedang membina 60,000 unit Rumah RMMJ, ditambah dengan pengumuman Tuanku ini, bangsa Johor akan dijamin terus terbela," katanya.
Dalam pada itu, Bastien mengakui benarlah titah Tuanku bahawa bangsa Johor tidak perlukan orang dari luar negeri itu untuk mencampuri urusan mereka.
"Raja dan Menteri Besar kami tahu menjaga kebajikan bangsa Johor. Dalam titah Tuanku sempena Hari Keputeraan, ada pujian kepada kepimpinan Datuk Seri Khaled. Ini menggambarkan keselesaan Tuanku dengan pentadbiran sedia ada," jelasnya.
Projek Rumah Impian Bangsa Johor yang bakal dilaksana di bawah Yayasan Sultan Ibrahim dengan kerjasama Johor Corporation (JCorp) dan Bank Rakyat, dilancarkan oleh baginda Sultan Ibrahim pada Rabu dan akan dibangunkan di tiga kawasan sekitar bandar raya ini iaitu Bandar Dato' Onn, Bandar Baru Majidee dan Bukit Saujana.
Astro Awani
Thu Mar 23 2017
BASTIEN: Skim rumah impian Yayasan Sultan Ibrahim (YSI) ini diakui ditawarkan dengan harga yang sangat rendah dengan nilai yang hebat. -Gambar fail
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Banjir Johor: Cara kerajaan depani masalah lebih teratur - Bastien Onn
Cara kerajaan mendepani masalah banjir di Johor kali ini lebih teratur, kata Exco Pemuda UMNO, Bastien Onn.
Lahad Datu: Berhenti rendahkan maruah pasukan keselamatan negara - Pemuda UMNO
Mana-mana pemimpin tidak seharusnya mendakwa sebarang tragedi yang berlaku dalam negara terutama melibatkan pengorbanan pasukan keselamatan negara sebagai satu sandiwara.