awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peluang baharu, harapan baru di Ekspo Kerjaya Mega MYFutureJobs 2025

Amzar Alif
Amzar Alif
30/04/2025
09:26 MYT
Peluang baharu, harapan baru di Ekspo Kerjaya Mega MYFutureJobs 2025
Ekspo Kerjaya Mega MYFutureJobs @ Hari Pekerja 2025 akan berlangsung sehingga 1 Mei 2025, dari jam 9 pagi hingga 5 petang. - Gambar MYFutureJobs
KUALA LUMPUR: Lebih 10,000 peluang pekerjaan ditawarkan kepada rakyat Malaysia menerusi Ekspo Kerjaya Mega MYFutureJobs 2025 yang kini berlangsung di perkarangan Axiata Arena, Bukit Jalil.
Penganjuran oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah iniasitif Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) ini membuka ruang kepada pencari kerja dari pelbagai latar belakang untuk merebut peluang pekerjaan yang ditawarkan lebih 150 majikan di bawah satu bumbung.
Salah seorang peserta, Duta Aqasyah, graduan muda dari Sabah, melihat ekspo ini sebagai pintu masuk penting ke dunia pekerjaan selepas menamatkan pengajian.
“Saya datang ke sini untuk satu temu duga sahaja sebenarnya, tapi bila nampak banner program ini masa naik Grab dari Airport, saya terus datang. Ada banyak company dan boleh direct interview. Ini memang banyak membantu saya sebagai fresh grad,” katanya.
Sementara itu, Azman Bakri, bekas pekerja swasta yang diberhentikan kerja bersama rakan sekerja, hadir ke ekspo ini dengan harapan untuk kembali menyara keluarga.
“Kami satu company diberhentikan kerja. Lepas tahu ada MYFutureJobs, kami datang cari kerja baharu. Sekarang kos hidup tinggi, anak-anak kecil masih sekolah. Mereka tak faham semua ni,” ujarnya.
Bagi Hafiz Razif, pekerja swasta yang masih bekerja, kehadirannya ke ekspo bukan kerana kehilangan kerja tetapi kerana ingin memperbaiki masa depan melalui kerjaya baharu yang lebih stabil.
“Saya memang nak explore peluang baharu. Saya rasa program MYFutureJobs ni bagus untuk orang yang nak ubah kerjaya atau cari suasana kerja yang lebih baik. Booth pun beri penerangan yang sangat jelas,” katanya.
xxx
Senarai majikan yang terlibat pada Ekspo Kerjaya Mega MYFutureJobs 2025. - Gambar MYFutureJobs
Selain temu duga terbuka, ekspo ini turut menawarkan khidmat nasihat kerjaya, pemadanan pekerjaan melalui sistem digital serta pameran perkhidmatan PERKESO termasuk skim khas untuk suri rumah dan golongan bekerja sendiri.
Dalam suasana pasaran kerja yang mencabar, platform seperti ini menjadi sinar buat mereka yang memerlukan.
Ekspo Kerjaya Mega MYFutureJobs @ Hari Pekerja 2025 akan berlangsung sehingga 1 Mei 2025, dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
Orang ramai digalakkan membawa salinan resume dan mendaftar awal di portal rasmi myfuturejobs.gov.my/careerfair untuk memudahkan urusan di lokasi.
Topic Berkaitan
#Hari Pekerja 2025
#MyfutureJobs
#Ekspo Kerjaya Mega MYFutureJobs 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan