Orang ramai berpeluang untuk menyaksikan pancuran meteor Geminids yang berpusat di buruj Gemini pada malam 13 dan 14 Disember ini.
Demikian menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada Selasa.
Menurut ANGKASA, pada pertengahan Disember setiap tahun, bumi akan merentasi serpihan batuan kecil yang berasal dari Asteroid 3200 Phaethon yang mana ia akan melalui atmosfera bumi lalu terbakar dan menghasilkan jaluran-jaluran cahaya di langit yang dikenali sebagai pancuran meteor.
Pancuran meteor ini telah bermula sejak 3 Disember yang lalu dan dijangka berakhir pada 17 Disember ini, dengan kemuncaknya pada 13 dan 14 Disember.
Walau bagaimanapun, pada tahun ini, kenampakannya agak terhad kerana pada waktu yang sama, bulan baru melepasi fasa bulan penuh.
Pada kebiasaannya, orang ramai dapat melihat kira-kira 120 meteor dalam masa satu jam, namun disebabkan cahaya bulan, kenampakkannya akan terhad kepada 50 hingga 80 juraian sejam.
Kepada anda yang berminat untuk menyaksikan pancuran meteor ini, berikut adalah tips yang boleh digunakan:
1. Untuk melihat pancuran ini, ia tidak memerlukan sebarang alatan khas kerana ia boleh dilihat dengan mata kasar
2. Masa terbaik untuk melihat meteor adalah pada jam 8 malam sehingga terbit bulan pada jam 12 pagi.
3. Pilih kawasan yang kurang gangguan pencemaran cahaya.
4. Pilih kawasan yang lapang, tidak dilindungi oleh bangunan dan pokok. Kawasan yang paling sesuai untuk melihat juraian meteor adalah di kawasan lapang seperti tepian pantai atau padang.
5. Sekiranya keadaan langit berawan, anda mungkin tidak akan nampak kemunculan juraian meteor tersebut.
Untuk mendapatkan maklumat terkini orang ramai adalah boleh melayari laman sesawang ANGKASA di www.angkasa.gov.my, laman sosial Facebook Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) atau Twitter ANGKASA Malaysia.
Astro Awani
Wed Dec 10 2014
Pancuran meteor ini telah bermula sejak 3 Disember yang lalu dan dijangka berakhir pada 17 Disember ini, dengan kemuncaknya pada 13 dan 14 Disember. - Gambar Hiasan
18 kecederaan, parut pada Bella bukan rekaan saksi - Hakim
Hakim berkata, perkara itu dibuktikan oleh saksi-saksi perubatan bahawa kecederaan dialami Bella, bukan kemalangan atau perbuatan mangsa sendiri.
Letusan terakhir 22 tahun lalu
Semua penduduk dinasihatkan untuk memakai pelitup muka kerana debu dan asap dari letusan gunung berapi mampu mengganggu saluran pernafasan.
UNRWA bimbang berlaku penyebaran penyakit di Gaza
Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) menyatakan wujud kebimbangan penyebaran penyakit akibat serangan tanpa henti rejim Zionis di Gaza.
Ops Rentap Trio tumpas geng ragut tumpu lokasi pelancongan
Lima rakan yang menjadi dalang 45 kes samun, ragut dan curi motosikal ditahan melalui beberapa serbuan.
Bella masih trauma dianiaya, diabai Siti Bainun - Peguam
Bella masih trauma dianiaya, diabai Siti Bainun - Peguam
'Game changer' akan diumum dalam masa terdekat - KDN
Saifuddin menambah masih banyak ruang yang boleh ditambah baik di pintu-pintu masuk negara khususnya untuk menerima kedatangan para pelancong.
JAKIM buka talian khas terima aduan hina Islam
Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) telah mewujudkan talian khas 24 jam sebagai platform untuk menyalurkan aduan berkaitan isu penghinaan terhadap agama Islam termasuk yang dicetuskan menerusi laman media sosial.
KPM giat atasi isu dibangkitkan laporan bank dunia
Kementerian Pendidikan telah mengambil beberapa langkah untuk mereformasi sistem pendidikan negara, lebih awal daripada laporan Bank Dunia yang menekankan. kekurangannya.
[TERKINI] Tengku Zafrul gagal failkan afidavit kes pengampunan Najib
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz gagal untuk memfailkan afidavit berhubung Titah Adendum berhubung kes pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Polis tahan lapan aktif ragut, samun sasar kawasan tumpuan pelancong
Lapan individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam 45 kes melibatkan ragut, samun dan curi motosikal di sekitar ibu negara, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka.
Peluang menyaksikan pancuran meteor Geminids pada 13 dan 14 Dis ini
Orang ramai berpeluang untuk menyaksikan pancuran Meteor Geminids yang berpusat di buruj Gemini pada malam 13 dan 14 Disember ini.