awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tahun Baharu China: PLUS aktifkan 32 lokasi Smart Lane
Lelaki didakwa edar methamphetamine
PM Anwar, KSI bincang kerjasama strategik selari agenda MADANI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peluang rakyat Malaysia lihat planet Zuhal pada Jumaat ini

Bernama
Bernama
01/06/2016
05:48 MYT
Peluang rakyat Malaysia lihat planet Zuhal pada Jumaat ini
Posisi istiqbal merupakan posisi lintasan planet yang paling hampir dengan bumi. - Gambar fail
Orang ramai di negara ini berpeluang untuk melihat planet Zuhal pada posisi istiqbal (bertentangan dengan matahari) melalui teleskop, binokular malahan dengan mata kasar di langit Malaysia selepas matahari terbenam, pada Jumaat ini.
Pegawai Penyelidik Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) di Observatori Negara Langkawi, Farahana Kamarudin berkata menariknya posisi itu merupakan posisi lintasan planet yang paling hampir dengan bumi.
"Fenomena istiqbal ini akan memberikan posisi yang terbaik untuk penyelidik dan peminat astronomi untuk mencerap objek tersebut kerana ia berada pada tahap kecerahan paling cerah yang memudahkan aktiviti pencerapan dan rakaman imej.
"Manakala apabila dilihat menerusi mata kasar, ianya akan kelihatan seperti bintang yang cerah," katanya kepada Bernama.
Katanya, planet itu akan berada di sebelah timur dengan buruj Scorpio.
Farahana berkata fenomena istiqbal serta pencerapan boleh dilakukan di kawasan lapang yang tidak terlindung dengan awan serta kurang pencemaran cahaya.
"Bahkan, jika menggunakan telefon pintar, anda boleh menggunakan perisian Google Sky atau StarMap untuk membantu menjejak planet tersebut," katanya lagi.
Beliau berkata planet Zuhal mengambil masa selama 29.5 tahun (10,759 hari) untuk melengkapkan orbitnya mengelilingi Matahari.
Planet Zuhal akan berada pada posisi istiqbal ini setiap 378 hari dan jangkaan seterusnya akan berlaku pada 15 Jun 2017, kata Farahana.
Kali terakhir planet Zuhal berada di posisi istiqbal adalah pada 23 Mei 2015.
Topic Berkaitan
#Agensi Angkasa Negara
#Angkasa
#Farahana Kamarudin
#Planet Zuhal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan