awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelukis curi perhatian di kediaman Najib

Dania Zainuddin
Dania Zainuddin
23/05/2018
06:18 MYT
Pelukis curi perhatian di kediaman Najib
Poh telah melukis sejak 20 tahun yang lalu. Astro AWANI
Ketika pihak media berkumpul di Jalan Langgak Duta sejak minggu lalu, menunggu sebarang perkembangan siasatan terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, seorang pelukis mengambil kesempatan menghasilkan sebuah lukisan yang menggambarkan suasana di sini.
Poh Chuan Tan, 45 tahun, berkata dia hanya mahu menghasilkan lukisan sebagai tanda menyokong pihak media yang berkumpul setiap hari untuk menyampaikan maklumat terkini kepada rakyat Malaysia.
“Pagi tadi saya sedang ‘scrolling’ (menatal) di Facebook, saya baca tentang wartawan yang berada di sini untuk membuat laporan.
“Memandangkan saya pun sekarang ada waktu lapang, dan kawan saya juga seorang jurugambar, saya fikir saya mahu datang sini dan melukis, sebagai tanda sokongan saya kepada anda semua,” kata Poh ketika ditemui media.
Poh merupakan seorang tenaga pengajar di sebuah Pusat Seni di Kepong. - Astro AWANI
Poh merupakan seorang tenaga pengajar di sebuah Pusat Seni di Kepong. - Astro AWANI
Poh berkata dia telah giat melukis sejak 20 tahun yang lalu dan kini merupakan tenaga pengajar di sebuah Pusat Seni di Kepong.
Ditanya pandangannya tentang perkembangan terkini siasatan bekas perdana menteri, dia mengakui telah mengikuti rapat kes tersebut.
Poh menghasilkan lukisan sebagai tanda sokongan kepada wakil media yang berkumpul di hadapan rumah bekas perdana menteri. - Astro AWANI
Poh menghasilkan lukisan sebagai tanda sokongan kepada wakil media yang berkumpul di hadapan rumah bekas perdana menteri. - Astro AWANI
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#Poh Chuan Tan
#rakyat Malaysia
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan