KOTA KINABALU: Pemain-pemain yang dipilih menyertai Astro Kem Badminton edisi 2024 akan menyertai sesi latihan intensif bersama jurulatih dari Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Menurut Ketua Jurulatih Astro Kem Badminton 2024, Lee Wan Wah latihan intensif selama lima hari itu merupakan peluang terbaik untuk pemain merasai pengalaman berlatih seperti untuk mewakili negara.
Wan Wah menjelaskan pemain-pemain yang dipilih akan menjalani latihan intensif itu di Akademi Badminton Malaysia (ABM)
"Tahun ini kita akan mempunyai satu latihan kem khas daripada BAM di mana pemain-pemain yang dipilih akan menjalani latihan intensif selama lima hari.
"Sesi latihan tersebut akan diadakan di ABM dan dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih dari BAM.
"Ia merupakan satu pengalaman dan peluang yang baik kepada pemain-pemain kerana mereka akan merasai bagaimana berlatih dalam pasukan kebangsaan," katanya.
Sabah menjadi pilihan sebagai lokasi pembuka tirai Astro Kem Badminton edisi 2024.
Negeri yang turut akan dikunjungi skuad AKB adalah Pulau Pinang, Johor, Kelantan, dan Selangor.
Ibu bapa boleh daftarkan anak-anak yang berusia 10 hingga 12 tahun secara percuma melalui web rasmi www.astro.com.my/rancangan/kem-badminton atau boleh juga walk-in pada tarikh yang ditetapkan di lokasi berdekatan anda.
Astro Awani
Sat Apr 27 2024
Pemain-pemain yang dipilih akan menjalani latihan intensif itu di Akademi Badminton Malaysia (ABM). - Astro Kasih
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Malaysia sedia jalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi dalam bidang tenaga diperbaharui
Malaysia sedia menjalin kerjasama rapat dengan Arab Saudi bagi meneroka potensi usaha sama serta bertukar-tukar ilmu dan pengalaman dalam bidang tenaga diperbaharui.
Kumpulan pro-ganja di Thailand bertemu Menteri Kesihatan
Kumpulan pro-ganja di Thailand berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Khamis untuk membantah rancangan kerajaan menyenaraikan semula ganja sebagai dadah.
Astro Kem Badminton: 363 peserta hadir di Pulau Pinang
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
Pemain Astro Kem Badminton berpeluang berlatih dengan jurulatih dari BAM
Menurut Ketua Jurulatih Astro Kem Badminton 2024, Lee Wan Wah latihan intensif selama 5 hari itu merupakan satu peluang terbaik untuk pemain merasai pengalaman berlatih seperti untuk mewakili negara.
Astro Kem Badminton diserbu lebih 650 peserta dalam pusingan terakhir pemilihan
Lebih 650 peserta hadir dalam pusingan terakhir program pembangunan akar umbi untuk bintang badminton muda dalam pemilihan Astro Kem Badminton (AKB) di ibu negara pada Sabtu.
Usaha pencarian bakat Astro Kem Badminton diteruskan di Sabah
Usaha pencarian bakat cilik dalam sukan badminton diteruskan di Sabah dan ianya mendapat sambutan hangat pada hari pertama dilakukan.
Astro Kem Badminton kembali lagi, adakan pemilihan di lima negeri
Tahun ini, bakat-bakat muda yang terpilih akan dilatih dua jurulatih berpengalaman yang juga bekas pemain kebangsaan, Chan Chong Ming dan Chew Choon Eng.
Astro Kem Badminton berjaya latih 18,000 bakat muda Malaysia
Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Henry Tan berkata, AKB telah berjaya melatih kira-kira 18,000 murid-murid sekolah menerusi latihan dan program pembangunan pelapis sukan badminton di peringkat nasional.
Alumni Astro Kem Badminton menyinar di Jerman
Jacky Kok Jing Hong dan gandingan Wan Arif Junaidi-Muhammad Haikal Nazri raih emas dalam kategori perseorangan lelaki dan regu lelaki di kejohanan Terbuka Junior Jerman YONEX.
Astro Kem Badminton: Kuching terima sambutan menggalakkan
Selepas mengharungi enam kem pemilihan, program Astro Kem Badminton melabuhkan tirai di lokasi yang terakhir iaitu di Arena Simpang Tiga Kuching, Sarawak.