awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Usaha pencarian bakat Astro Kem Badminton diteruskan di Sabah

Astro Awani
Astro Awani
24/06/2023
12:26 MYT
Usaha pencarian bakat Astro Kem Badminton diteruskan di Sabah
Para peserta yang terpilih pada sesi pertama, akan ke sesi kedua pada Ahad. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Usaha pencarian bakat cilik dalam sukan badminton diteruskan di Sabah dan mendapat sambutan hangat pada hari pertama dilakukan.
Kanak-kanak berumur antara 10 hingga 12 tahun telah mendaftar secara atas talian dan juga walk in, di mana sebanyak empat sesi diadakan dengan setiap peserta diuji dari segi pukulan dan teknik di lapan stesen berbeza.
Ada peserta yang sanggup datang dari jauh ditemani ibu bapa masing-masing dalam misi mendapatkan pendedahan menerusi program Astro Kem Badminton.
Bagi Mohd Ashraf Nadzmi Jumadil, dia bertolak dari Kota Marudu seawal jam 4 pagi ditemani bapanya untuk merebut peluang yang disediakan Astro itu.
"Tahun lepas pun saya ada ikut kem badminton tetapi tidak terpilih. Hasrat saya untuk kem badminton kali ini hendak terpilih lagi," ujarnya.
Dalam pada itu, bapa Mohd Ashraf Nadzmi, Jumadil Maulana menjelaskan, mula melatih anaknya sejak berusia tiga tahun.
Harapannya agar Mohd Ashraf Nadzmi dipilih menyertai Astro Kem Badminton dan program itu diadakan juga di lokasi yang lebih dekat dengan mereka.
"Terima kasih Astro, semoga usaha ini berterusan dan harapan saya sekiranya ada lagi, boleh diadakan di Kudat atau Tawau supaya memudahkan kami yang jauh menghantar anak," katanya.
Para peserta yang terpilih pada sesi pertama, akan ke sesi kedua pada Ahad.
Bagi ibu bapa yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak mereka, sila layari www.astro.com.my/rancangan/kem-badminton untuk butiran lebih lanjut.
Topic Berkaitan
#Astro Kem Badminton
#Kanak-kanak
#pencarian bakat
#ibu bapa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan