Bebal, itu perkataan yang digambarkan pengendali Sime Darby keatas pemain importnya yang gagal menghadirkan sebarang ancaman ke kubu lawan apabila pasukannya tewas kepada Perak.

Menurut laporan akhbar Harian Metro, Ismail Zakaria sudah tidak mampu menahan sabar keatas pasukan kendalian yang bermain tidak mengikut arahannya.

Pengendali berusia 53 tahun itu akui awang import serta pemain tempatan gagal menghadirkan sebarang persefahaman diatas padang.

Dia turut mengkritik pemain import yang merasakan diri mereka terlalu bagus sehinggakan suka bermain dengan solo.

"Messi pun kadang-kadang sahaja bermain solo," katanya dengan penuh rasa tidak puas hati.