LEMBAGA Liga Perdana melucutkan kelayakan pemilik Chelsea, Roman Abramovich sebagai pengarah di kelab liga utama Inggeris itu, kata liga tersebut dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Keputusan itu dibuat selepas jutawan Rusia itu dikenakan sekatan oleh kerajaan British berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

“Berikutan dikenakan sekatan oleh Kerajaan Britain, Lembaga Liga Perdana melucutkan kelayakan Roman Abramovich sebagai Pengarah Kelab Bola Sepak Chelsea.

“Keputusan Lembaga Pengarah tidak memberi kesan kepada keupayaan kelab untuk melatih dan bermain perlawanannya, seperti ditetapkan di bawah syarat lesen dikeluarkan Kerajaan Britain yang berakhir pada 31 Mei 2022,” kata Liga Perdana.

BACA: Abramovich terima tempias, aset dibeku dan penjualan Chelsea ditangguh

BACA: McGregor pertimbang beli Chelsea

BACA: Klopp setuju dengan sekatan terhadap pemilik Chelsea

BACA: Angkara Putin, Chelsea teraba-raba


Untuk rekod, Abramovich, yang berada di bawah pengawasan berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, sebelum ini mengumumkan dia menjual kelab London itu minggu lalu, namun penjualan tersebut kini ditangguhkan selepas The Blues beroperasi di bawah lesen khas kerajaan.


Artikel asal di Sinar Harian