awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeju Air haramkan penggunaan bateri mudah alih
MIC masih bersama BN, dakwaan keluar hanya spekulasi - Zambry
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup meningkat dipacu aktiviti buru saham berharga rendah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemaju diarah baiki segera mendapan bersebelahan Shineville Park - Exco

Bernama
Bernama
03/12/2025
11:46 MYT
Pemaju diarah baiki segera mendapan bersebelahan Shineville Park - Exco
Zairil berkata Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bersama JPS negeri telah mengeluarkan arahan rasmi kepada pemaju projek perumahan Shineville Park untuk melaksanakan pembaikan. - Gambar fail
GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang mengarahkan kerja-kerja pembaikan mendapan dan struktur penahan di laluan penyelenggaraan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sungai Dondang dan Sungai Air Hitam, Lebuhraya Thean Teik, di sini dijalankan segera.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang Zairil Khir Johari berkata Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bersama JPS negeri telah mengeluarkan arahan rasmi kepada pemaju projek perumahan Shineville Park untuk melaksanakan pembaikan.
Beliau berkata laluan berkenaan masih berada di bawah tanggungjawab pemaju dan arahan tersebut dikeluarkan selepas siasatan teknikal dijalankan di tapak susulan aduan berhubung kegagalan tembok pada 25 Okt lepas.
"Kerja pembaikan segera termasuk pelaksanaan kerja penanaman kepingan cerucuk konkrit sepanjang 447 meter, menyediakan reka bentuk terperinci bagi kerja pembaikan jangka panjang, pembuangan tanah berlebihan di kawasan lapang, pelaksanaan kerja pengukuhan tembok penahan bahagian atas dan mengawal selia kerja baik pulih tembok dan cerun secara sepenuh masa.
"Kejadian mendapan serta kegagalan struktur penahan telah dikesan di kawasan berkenaan yang turut memberi risiko kepada laluan penyelenggaraan JPS," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zairil memaklumkan perbincangan lanjut dalam masa terdekat akan diadakan bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) ekoran tanah berkenaan merupakan cadangan tapak pembinaan Pencawang Pembahagian Utama (PPU) TNB.
Sebagai langkah berjaga-jaga, beliau berkata MBPP telah menutup Solok Thean Teik 2 sehingga kerja-kerja pembaikan dilaksanakan dan keadaan kembali selamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mendapan tanah
#Shineville Park
#pulau pinang
#Zairil Khir Johari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan