awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemakaian lencana Jalur Gemilang bantu semai kecintaan pada negara

Bernama
Bernama
27/03/2025
12:53 MYT
Pemakaian lencana Jalur Gemilang bantu semai kecintaan pada negara
Fouzi menyifatkan inisiatif itu bukan hanya simbolik tetapi juga satu langkah penting dalam mengukuhkan identiti nasional dan perpaduan dalam kalangan pelajar. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Langkah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam pelajar berkuat kuasa 21 April ini secara berperingkat, dapat membantu menyemai kecintaan terhadap negara sejak di bangku sekolah.
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) NUTP Fouzi Singon dalam kenyataan menyifatkan inisiatif itu bukan hanya simbolik tetapi juga satu langkah penting dalam mengukuhkan identiti nasional dan perpaduan dalam kalangan pelajar.
"Kami menghargai usaha KPM yang membekalkan dua unit lencana secara percuma kepada setiap pelajar bagi memastikan pelaksanaan dasar ini berjalan lancar tanpa membebankan ibu bapa.
"Langkah ini juga membuktikan komitmen kerajaan dalam menerapkan nilai-nilai patriotik secara inklusif di semua institusi pendidikan di bawah kelolaan KPM," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Fouzi berkata NUTP menggalakkan semua pihak termasuk guru, ibu bapa dan masyarakat untuk menyokong inisiatif ini agar ia dapat mencapai matlamat yang dihasratkan.
Pada masa yang sama, sebagai kesatuan yang mewakili pendidik NUTP sedia memberikan kerjasama penuh kepada KPM dalam memastikan pelaksanaan dasar ini berjalan dengan baik serta diterima positif oleh semua pihak.
KPM dalam kenyataan hari ini memaklum akan melaksanakan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam pelajar di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya berkuat kuasa mulai 21 April ini secara berperingkat.
Langkah itu akan melibatkan sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru Malaysia dengan tujuan menyemai semangat patriotisme dalam kalangan murid dan pendidik.
Sebagai sokongan kepada inisiatif ini, setiap murid akan dibekalkan dua unit lencana Jalur Gemilang secara percuma untuk sesi persekolahan 2025/2026.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jalur Gemilang
#Kementerian Pendidikan
#perpaduan
#lencana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan