awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemancing hilang ditemui selamat

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
30/03/2016
02:09 MYT
Pemancing hilang ditemui selamat
Kesemua mereka ditemui sekitar jam 10.30 malam Rabu di perairan Laut China Selatan oleh kapal APMM yang melakukan kerja pencarian. - Foto Astro AWANI
Kesemua lapan pemancing dan tiga awak-awak bot yang hilang sejak Sabtu lepas ditemui selamat.
Mereka berjaya dibawa pulang ke jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, (APMM) Tok Bali awal pagi tadi.
Kesemua mereka ditemui sekitar jam 10.30 malam Rabu di perairan Laut China Selatan oleh kapal APMM yang melakukan kerja pencarian.
Menurut Timbalan Pengarah Operasi Daerah Maritim 10 Kelantan, Komander Maritim Ismail Hamzah, bot yang dinaiki mereka mengalami kerosakan dan hanyut dibawa ombak.
“Penyelamat jumpa dia lebih kurang jam 22.40 malam. Semua dalam keadaan selamat, tetapi bot itu rosak dan bersauh di situ semasa dalam perjalanan balik,” katanya.
Menurut beliau, kesemua mereka berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sementara itu pemancing, Zakaria Kadir, memaklumkan bahawa keadaan laut yang bergelora serta kerosakkan enjin bot menyebabkan mereka hanyut di laut.
“Bot itu berasap, kita pun beritahu tekong. Jadi memandangkan kita dalam perjalanan, dengan enjin bermasalah dan tidak boleh dihidupkan sejak 4 petang Sabtu,” katanya.
Kesemua mereka keluar untuk memancing pada petang jumaat menaiki bot kelas A di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (IKIM) Pengkalan Petah, Bachok.
Namun pada Sabtu, mereka gagal dihubungi menyebabkan laporan dibuat oleh pemilik bot.
Topic Berkaitan
#APMM
#bot
#hilang
#kelas A
#pemancing
#Tok Bali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan