BATU PAHAT: Seorang lelaki yang sedang memancing terkejut apabila terlihat satu mayat terapung dalam Sungai Simpang Kiri, Parit Kasim Laut, Tongkang Pechah di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, lelaki berkenaan kemudian memaklumkan kejadian tersebut kepada anggota di Balai Polis Tongkang Pechah pada jam 11.30 pagi.
"Mayat tersebut dilihat sedang hanyut ke arah Parit Sulong memandangkan air laut pasang ketika itu.
"Dengan bantuan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram, mayat tersebut kemudiannya dijumpai pada jam 12.40 tengah hari di kawasan Simpang Kiri, Kampung. Parit Mantan lebih kurang dua kilometer dari tempat lelaki berkenaan melihat mayat itu terapung," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, mayat adalah seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an dan semasa ditemui berseluar panjang hitam, memakai t-shirt hijau dan tidak berkasut namun identitinya masih belum dikenal pasti.
Katanya, siasatan awal tidak menemukan sebarang kecederaan luaran pada badan mayat sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini untuk dibedah siasat.
Tambah beliau, kes diklasfikasikan sebagai mati mengejut dan pihaknya menyeru jika sesiapa yang ada kehilangan ahli keluarga boleh berhubung dengan Ketua Polis Balai Tokang Pechah menerusi talian 07-4151222.
Sementara itu, Komander Operasi dari BBP Penggaram, Timbalan Penguasa Bomba II Firdaus Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 12.41 tengah hari.
Susulan itu katanya, seramai 14 anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), dua buah Rapid Intervention Motorcycle (RIM), satu kenderaan pacuan empat roda Hilux dan sebuah bot dikejarkan ke tempat kejadian.
"Setibanya di tempat kejadian pihak bomba menemukan mayat seorang lelaki yang ditemui orang awam sebelum pihak bomba menggunakan sebuah bot fiber untuk mengambil mayat tersebut," katanya.
Beliau memberitahu, mayat tersebut dibawa ke Jeti Kampung Abdul Rahman sebelum diserahkan kepada pihak polis, operasi tamat pada jam 1.57 tengah hari.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Feb 12 2024
Mayat seorang lelaki yang belum dikenal pasti identitinya ditemui terapung sebelum dibawa ke Jeti Kampung Abdul Rahman, Batu Pahat untuk diserahkan kepada pihak polis. - Foto Sinar Harian
Ambil serius luahan petugas kesihatan - Cuepacs
Cuepacs menggesa kerajaan supaya melakukan siasatan menyeluruh mengenai isu kekurangan doktor dan petugas kesihatan di beberapa hospital.
Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa serangan Balai Polis Ulu Tiram
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor.
'Sanusi bukan pengganas' - Peguam
Menurut peguam, Awang Armadajaya Awang Mahmud, Datuk Seri Sanusi merupakan seorang Menteri Besar Kedah, bukannya pengganas.
Balai Polis Ulu Tiram diserang: Dua polis maut, seorang cedera ditembak, ditetak
Bersama wakil Astro AWANI Johor, Siti Nur Aqiela Omar, untuk mendapatkan perkembangan terkini dari lokasi.
Presiden Kazakhstan nyatakan kesediaan tingkatkan interaksi, kerjasama dengan Malaysia
Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev menyatakan kesediaan negaranya untuk meningkatkan interaksi dan kerjasama dengan Malaysia semasa lawatan rasmi Perdana Menteri ke ibu negara Astana.
Reddit, OpenAI umum kerjasama, kandungan akan diintegrasikan dalam ChatGPT
Dalam pengumuman kerjasama ini, Reddit menjelaskan yang data-data dan kandungan merekan akan diintegrasikan ke dalam ChatGPT. Dengan
[TERKINI] Serang balai polis: Dua polis maut, seorang cedera ditembak dan ditetak
Dalam serangan awal pagi Jumaat di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, dua anggota polis telah maut manakala seorang lagi cedera akibat ditembak dan ditetak oleh seorang lelaki yang disyaki. Suspek turut maut dalam kejadian jam 2.54 pagi tersebut. Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar, mengesahkan insiden itu. Anggota polis yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan lanjut, sementara yang maut dibawa untuk proses bedah siasat. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, sedang dalam perjalanan ke lokasi kejadian.
Selepas 16 tahun, Onew bakal ke Malaysia 27 Julai
Pementasan Guess! Onew Fanmeeting 2024 In Malaysia akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.
Inflasi keseluruhan dijangka kekal sederhana pada 2.0-3.5 peratus tahun ini - BNM
Inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka kekal sederhana tahun ini, masing-masing antara 2.0 peratus hingga 3.5 peratus dan antara 2.0 peratus hingga 3.0 peratus pada 2024.
Hari Guru: Tablet percuma untuk murid dan guru - Zahid
Ahmad Zahid berkata bajet pada tahun hadapan akan ditambah untuk pembelian perkakasan bagi melaksanakan kaedah pembelajaran melalui sistem digital.
Pemancing udang jumpa mayat terapung di sungai
BBP Lutong menerima panggilan daripada Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin yang memaklumkan tentang penemuan mayat itu.
Pemancing terkejut 'disapa' mayat terapung
Seorang lelaki yang sedang memancing terkejut apabila terlihat satu mayat terapung dalam Sungai Simpang Kiri, Parit Kasim Laut, di Batu Pahat.
Lelaki keluar memancing dikhuatiri lemas
Bomba menerima panggilan mengenai kehilangan lelaki yang dikenali sebagai Mohd Faiz Azman kira-kira 9.50 pagi tadi.
Pemancing hanyut 14 jam, makan sotong hidup untuk bertahan
Seorang lelaki terpaksa makan sotong hidup untuk bertahan sepanjang 14 jam hanyut di perairan antara Pulau Manggalum dan Pulau Gaya di sini pada Selasa.
Bot berlanggar: Pemancing hilang ditemukan mati, tersangkut di pukat
Pemancing yang dilaporkan hilang selepas pelanggaran dua bot di Kampung Sungai Sembayong, Tanjung Sedili, Kota Tinggi, petang semalam, ditemukan mati tersangkut di pukat bot nelayan, petang tadi.
Dua bot berlanggar, seorang pemancing dikhuatiri lemas
Seorang pemancing dikhuatiri lemas manakala dua yang lain selamat dalam pelanggaran dua buah bot di Jalan Kerisi, Kampung Sungai Sembayong petang tadi.
Mayat pemancing disambar buaya di Semporna ditemukan
Mayat mangsa ditemukan oleh penduduk kampung yang turut membantu dalam Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR).
SAR lelaki hilang dipercayai dibaham buaya diteruskan
Operasi SAR mangsa dibaham buaya yang masuk hari kedua diteruskan pasukan BBP Air Semporna di muara Sungai Pegagau, Semporna.
Empat pemancing selamat, bot terbalik
Kesemua mereka seterusnya dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Teluk Gading untuk pemeriksaan kesihatan.
Bomba selamatkan tiga pemancing terperangkap arus sungai deras
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membantu menyelamatkan tiga pemancing yang terperangkap di Sungai Pedu, hari ini.