awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu, 21 penumpang bas cedera dalam kemalangan

Bernama
Bernama
09/02/2025
09:59 MYT
Pemandu, 21 penumpang bas cedera dalam kemalangan
Pemandu bas dan 21 penumpang cedera ringan dalam kemalangan melibatkan sebuah bas dan lori di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan), awal pagi tadi. - Foto hiasan
KULAI: Pemandu bas dan 21 penumpang cedera ringan dalam kemalangan melibatkan sebuah bas dan lori di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan) di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kulai ACP Tan Seng Lee berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kemalangan bas jenis Hino dan lori jenis Volvo itu kira-kira pukul 2.45 pagi.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu bas berkenaan memandu laju dan gagal memperlahankan kenderaannya sebelum terlanggar bahagian belakang lori terbabit.
"Akibat daripada pelanggaran tersebut, pemandu bas dan 21 penumpang telah mengalami cedera ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim di sini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tan berkata kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan tersebut boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Sarjan Ali Lorulince Abdullah di talian 013-7778884 atau hadir ke bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai," katanya.
Sementara itu, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II KUP Mohd Khairil Buang berkata sebuah jentera 'Fire Rescue Tender' dengan kekuatan 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai dan Renggam telah digegaskan ke lokasi kejadian.
"Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) didapati lori terbabit telah tiada dan terdapat 22 orang mangsa yang mengalami kecederaan.
"PKO kemudiannya mengeluarkan dua orang mangsa menggunakan pengusung dan menghantar tiga mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut sementara mangsa yang lain diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan bas
#pemandu
#penumpang
#cedera
#Lebuh Raya Utara-Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan