Skip to main content

Malaysia

Pemandu ambulans didakwa bunuh kanak-kanak dua tahun

51744102561_CourtMahkamah.jpg
Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Muhammad Iqbal Fitri Mazlan, 29, kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. - Gambar hiasan

TEMERLOH: Seorang pemandu ambulans swasta didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun pada 11 Mei lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Muhammad Iqbal Fitri Mazlan, 29, kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Anis Adlina Abu Johan.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh Mohamad Hayder Abdul Mukmin di sebuah rumah di Taman Seberang Temerloh, kira-kira 9 pagi pada 11 Mei lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika tidak dijatuhi hukuman mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Adriana Azrin manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Majistret kemudian menetapkan 1 Sept sebagai tarikh sebutan semula kes dan tiada jaminan dibenarkan terhadap tertuduh. 

Kes itu pada awalnya disiasat sebagai kes penderaan kanak-kanak selepas mangsa dibawa ke Hospital Temerloh dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 13 Mei lepas.

Bagaimanapun, siasatan kemudian diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan di kepala disebabkan trauma tumpul.

-- BERNAMA 

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement