awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DBKL buka portal OSC kepada umum, perkukuh ketelusan perancangan bandar
Penterjemahan 45 jilid ensiklopedia fiqh dijangka siap 2028 - Zulkifli
Super 1000 diperluas kepada lima kejohanan bermula 2027 - BWF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu, dua penumpang bas ekspres maut

Sinar Harian
Sinar Harian
20/09/2023
00:10 MYT
Pemandu, dua penumpang bas ekspres maut
Keadaan bas dua tingkat yang dinaiki 18 penumpang dan dua pemandu dalam kejadian tersebut. - Foto JBPM
LIPIS: Seorang pemandu dan dua penumpang maut selepas bas ekspres dua tingkat dinaiki mereka dari Kuala Krai, Kelantan terbabas melanggar pokok di susur keluar Kampung Kubang Musa, dekat Merapoh di sini pada awal pagi Rabu.
Pemandu bas yang maut dikenali Abd Aziz Daud, 56, manakala penumpang, seorang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Mohd Syukri Mat Noor, 55, dan warga Bangladesh, Hossain Kamal, 41, meninggal dunia di tempat kejadian.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, terdapat 18 penumpang dan dua pemandu dalam bas tersebut.
"Kita menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian ini pada jam 1.55 pagi dan enam anggota bersama tiga pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis serta tiga jentera dikerahkan ke tempat kejadian.
"Operasi juga menerima bantuan dari BBP Gua Musang dan Pasukan Bomba Sukarela(PBS) Merapoh," kata beliau dalam kenyataan pada Rabu.
Ujar beliau, pasukan bomba terlibat membuat operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat.
Tambah Ismail, mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lipis dan Hospital Gua Musang menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS). - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bas ekspres
#Nahas
#langgar pokok
#terbabas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan