awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
Presiden Filipina Marcos kata kesihatan semakin baik, doktor berikan penilaian positif
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu jentera pengorek tertimbus ditemukan meninggal dunia

Bernama
Bernama
16/09/2025
11:11 MYT
Pemandu jentera pengorek tertimbus ditemukan meninggal dunia
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemukan mayat Mohammad Fazrul Illahi Ab Rahman, 30, pada 4.15 petang tadi. - Foto Bernama
KUANTAN: Pemandu jentera pengorek yang dilaporkan tertimbus dalam kejadian runtuhan batu di tapak kuari, Ulu Gali, Sungai Ruan, Raub ditemukan meninggal dunia hari ini.

Ringkasan AI
  • Mayat pemandu jentera pengorek, Mohammad Fazrul Illahi, ditemukan pada kedalaman lima meter selepas tertimbus dalam runtuhan batu di tapak kuari Ulu Gali, Raub; operasi SAR masuk hari keempat.
  • Hampir 70 anggota termasuk JBPM, PDRM, APM dan pekerja kuari terlibat dalam operasi, dengan bantuan anjing pengesan serta solat hajat dilakukan di lokasi kejadian.
  • Mangsa dipercayai sempat melompat keluar dari jentera sebelum dihempap batu, manakala tiga pekerja warga asing cedera dalam insiden pada Sabtu lalu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Salahuddin Isa berkata pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemukan mayat Mohammad Fazrul Illahi Ab Rahman, 30, pada 4.15 petang tadi.
"Mayat ditemukan dalam keadaan sempurna pada kedalaman lima meter dengan jarak kira-kira 12 meter dari lokasi dia dilaporkan tertimbus," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Mohd Salahuddin berkata hampir 70 anggota antaranya daripada JBPM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan pekerja kuari terlibat dalam operasi SAR hari keempat bermula 8 pagi tadi.
Operasi turut melibatkan bantuan anjing pengesan daripada JBPM dan PDRM.
Difahamkan, pasukan SAR bersama penduduk kampung turut melakukan solat hajat di lokasi kejadian hari ini.
Dalam kejadian 12.50 tengah hari Sabtu lepas, Mohammad Fazrul Illahi dilaporkan sedang mengendalikan jentera pengorek sebelum dihempap runtuhan batu.
Mangsa dipercayai sempat melompat keluar daripada jentera yang dipandunya, sebelum dihempap dan tertimbus batu manakala tiga pekerja warga asing turut dilaporkan cedera dalam kejadian itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemandu jentera pengorek
#tertimbus
#tanah runtuh
#Raub
#ditemukan meninggal dunia
#kuari
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan