awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
APMM selamatkan tiga warga Indonesia terapung di laut dua hari
[TERKINI] Ketua Tentera Libya maut dalam nahas pesawat berhampiran Ankara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu jentolak maut ditimbus tanah

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
26/03/2021
17:43 MYT
Pemandu jentolak maut ditimbus tanah
Ketika kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa, Muhamad Firdaus Adnan, 20, sedang mengisi tanah ke dalam lori. - Foto ihsan JBPM
BALING: Seorang pemandu jentolak maut akibat tertimbus dalam runtuhan tanah sewaktu melakukan kerja mengorek dan meratakan lereng bukit berdekatan Kampung Ulu Tawar, dekat Baling pada Jumaat.
Ketika kejadian jam 4.30 petang itu, mangsa, Muhamad Firdaus Adnan, 20, sedang mengisi tanah ke dalam lori.
Bagaimanapun mangsa tidak menyedari tanah tebing bukit yang dikorek tiba-tiba runtuh lalu menghempap jentolak yang dikendalikannya.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, ketika anggotanya tiba mendapati mangsa sudah dikeluarkan penduduk kampung yang terlihat kejadian tersebut.
"Ketika kejadian, mangsa sedang mengendali jentolak dan melakukan kerja meratakan tanah bagi pembinaan rumah.
“Sebelum tebing tanah runtuh secara tiba-tiba mangsa kemudian terhantuk pada bahagian pemijak jentolak dan kemudian tanah runtuh menimbus bahagian badan mangsa," katanya dalam satu kenyataan.
Mohamadul Ehsan berkata, berikutan itu mangsa mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tiba di lokasi kejadian.
"Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum dihantar ke Hospital Baling untuk bedah siasat," jelasnya.
Topic Berkaitan
#pemandu jentolak
#maut ditimbus tanah
#Muhamad Firdaus Adnan
#JBPM Kedah
#runtuhan tanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan