awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK lapor 36 kes berisiko keracunan susu formula bayi
Polis tembak tayar kereta, suspek pecah rumah cuba langgar anggota
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu, kelindan cedera lori rempuh belakang treler muatan batu kerikil

Aida Aziz
Aida Aziz
05/07/2024
01:30 MYT
Pemandu, kelindan cedera lori rempuh belakang treler muatan batu kerikil
Kemalangan melibatkan sebuah lori 16 tan yang melanggar belakang sebuah treler jenis Scania berlaku awal pagi tadi di Km 264 Lebuhraya Utara Selatan. - Foto JBPM Perak
IPOH: Dua lelaki cedera setelah lori muatan barang besi yang dinaiki mereka merempuh belakang treler membawa batu kerikil di Kilometer (Km) 264 Lebuhraya Utara Selatan, dari pekan Jelapang ke Ipoh, awal pagi ini.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad kejadian berlaku sekitar jam 1.46 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Raya diatur gerak ke lokasi.
"Kemalangan melibatkan sebuah lori 16 tan melanggar belakang sebuah treler jenis Scania dan melibatkan dua orang mangsa.
"Pemandu lori cedera dan telah keluar sebelum pihak bomba tiba di lokasi manakala kelindan berusia 32 tahun tersepit di bahagian kaki kiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ujarnya, komander operasi membantu mengeluarkan mangsa dan menyerahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan Malaysia bagi rawatan susulan.
Operasi membabitkan seramai tujuh orang anggota itu tamat pada jam 2.39 pagi.
Topic Berkaitan
#lori rempuh treler
#Lebuhraya Utara Selatan
#pemandu lori
#cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan