awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu, kelindan lori tersepit kemalangan 3 kenderaan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
26/10/2024
05:30 MYT
Pemandu, kelindan lori tersepit kemalangan 3 kenderaan
Bomba menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada pukul 2.21 pagi. - Gambar/ JBPM Selangor
SEKINCHAN: Pemandu dan kelindan sebuah lori tiga tan cedera selepas tersepit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kuala Selangor-Teluk Intan, berhampiran pekan Sekinchan, di sini, pada Sabtu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada pukul 2.21 pagi.
Susulan itu, kata beliau, sembilan anggota bersama sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan digerakkan ke lokasi kejadian.
"Setibanya di tempat kejadian, pasukan penyelamat mendapati kemalangan itu melibatkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah lori satu tan, lori tiga tan dan kereta Proton Saga yang melibatkan lapan mangsa.
"Enam daripadanya berjaya dikeluarkan orang awam dan mereka hanya mengalami kecederaan ringan.
"Sementara dua daripada mangsa iaitu pemandu dan kelindan masing-masing cedera tersepit kaki kiri dan kanan," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.
Ahmad Mukhlis memberitahu, kedua-dua mangsa yang berusia 38 tahun dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut.
Topic Berkaitan
#kemalangan jalan raya
#Sekinchan
#kemalangan lori
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan