GOPENG: Pemandu dan kelindan maut apabila lori muatan raga ayam yang mereka naiki terbakar selepas terlibat dalam nahas dengan sebuah lori lain di Kilometer 294.8 Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, laluan Gopeng ke Simpang Pulai, dekat sini, hari ini.
Pemandu yang dikenali sebagai Yew Khiang Khoon, 53, dan kelindan Abdul Rahman Mat Desa, 42, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak paramedik.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 9.10 pagi itu melibatkan sebuah lori muatan raga ayam dan treler muatan batu.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan itu menghala ke arah utara.
“Apabila sampai di lokasi kejadian, tiba-tiba lori muatan raga ayam telah melanggar bahagian belakang treler muatan batu semasa berada di lorong kiri menyebabkan lori mengalami kebakaran tetapi dapat dipadam oleh pihak bomba,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurutnya, kemalangan menyebabkan pemandu serta kelindan tersepit di dalam lori dan berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba.
Mohd Nazri berkata, kemalangan turut menyebabkan pemandu treler mengalami kecederaan dan dibawa oleh ambulans ke hospital untuk rawatan.
Ujarnya, laluan kiri arah utara ditutup untuk kerja-kerja siasatan dan pembersihan menyebabkan berlaku kesesakan kira-kira 10 kilometer.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, mereka menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada jam 9.10 pagi.
Menurutnya, sebaik menerima panggilan kecemasan, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng telah dikejarkan ke lokasi.
“Kejadian melibatkan kemalangan dua buah lori, sebuah lori muatan sangkar ayam telah terbakar anggaran 40 peratus akibat pelanggaran bahagian belakang sebuah lori muatan batu,” ujarnya.
Katanya, anggota melaksanakan ‘size-up’ seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER dan RECEO, menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Operasi yang diketuai Penolong Penguasa Bomba Mohd Nor Khairi Johari tamat jam 11.28 pagi.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Mar 07 2024
Nahas kira-kira jam 9.10 pagi itu melibatkan sebuah lori muatan raga ayam dan treler muatan batu. -JBPM Perak
Pau Marti puji Harimau Malaya berjaya menang lepas ketinggalan
Vicente mengakui, ia satu perlawanan yang mencabar, terutamanya dengan kecederaan yang dialami pemainnya.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
43 terselamat, bas persiaran rempuh belakang treler
Bas persiaran tersebut membawa anggota rombongan seramai 41 orang dari Melaka ke Kedah.
Mayat lelaki ditemukan dalam kolam takungan
Mayat seorang lelaki ditemukan orang awam dalam kolam takungan bersebelahan Lebuhraya Utara Selatan di Kilometer 240.8 tengah hari semalam.
Treler muatan kereta terbakar di Lebuhraya Utara Selatan, tiga kenderaan musnah
Pihak JBPM Perak menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 12.26 pagi.
34 cedera, bas dua tingkat rempuh pembahagi jalan di Lebuhraya Utara Selatan
Tiga mangsa yang duduk di tingkat bawah bas tersepit, manakala 30 mangsa di tingkat atas cedera ringan dan berjaya keluar dengan sendiri.
Seorang maut, tiga cedera lori terbalik masuk longkang
Kemalangan itu membabitkan lori yang dipercayai terbabas dan terbalik ke dalam longkang.
Lori terbakar berhampiran Terowong Menora, trafik sesak arah utara
Kebakaran melibatkan sebuah lori 12 tan jenis Hino yang membawa muatan bakul buah buahan yang terbakar 35 peratus.
Lelaki maut kereta terbabas dalam longkang di lebuh raya PLUS
Mangsa berusia 40 tahun didapati berada di bawah kereta tersebut.
Kelindan maut, pemandu cedera nahas dua lori di PLUS
Kelindan berusia 25 tahun itu meninggal dunia di lokasi manakala pemandu berusia 40 tahun mengalami patah kaki.
Penolong pegawai perubatan maut, nahas ambulans dengan treler
Seorang penolong pegawai perubatan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah ambulans swasta dan treler di Kilometer 330.8 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Tapah, hari ini.
Pemandu, kelindan cedera lori rempuh belakang treler muatan batu kerikil
Kejadian berlaku sekitar jam 1.46 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya diatur gerak ke lokasi.