awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu kereta maut bertembung lori pasir hilang kawalan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
25/09/2022
15:37 MYT
Pemandu kereta maut bertembung lori pasir hilang kawalan
Lori pasir itu dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan lalu merempuh Perodua Kenari terbabit. - Gambar/ PDRM
KUALA NERANG: Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya dirempuh lori pasir di Kilometer 29 Jalan Kuala Nerang, Padang Sanai-Sintok, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintenden Mulkiaman Manzar, berkata dalam kejadian jam 4.20 petang itu, Perodua Kenari dipandu lelaki 34 tahun itu datang dari dari arah Kuala Nerang menuju ke Sintok manakala lori pasir itu dari arah bertentangan.
Beliau berkata, lori pasir itu dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan lalu merempuh Perodua Kenari terbabit.
"Kemalangan itu turut mengakibatkan lori pasir itu terbalik dan pemandunya mengalami kecederaan di bahagian tubuh dan kepala.
"Pemandu Perodua Kenari tersepit di tempat duduk dan maut serta-merta kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala," katanya dalam kenyataan malam ini.
Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat.
Katanya, pemandu lori pasir dibawa ke Hospital Kuala Nerang (HKN) untuk rawatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#lori pasir
#hilang kawalan
#Sintok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan