awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN
Pas bakal putuskan status hubungan dengan Bersatu
Murid sekolah tak wajib pakai tali leher mulai tahun hadapan - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu kereta maut treler terbabas rempuh enam kenderaan

Bernama
Bernama
30/09/2025
15:05 MYT
Pemandu kereta maut treler terbabas rempuh enam kenderaan
Seorang lelaki maut selepas tersepit di bawah sebuah treler dalam nahas membabitkan tujuh kenderaan di hadapan Masjid Sabak Uni, Jalan Kluang-Batu Pahat, di Ayer Hitam, pagi tadi. - Foto Sinar Harian
BATU PAHAT: Seorang lelaki maut selepas tersepit di bawah sebuah treler dalam nahas membabitkan tujuh kenderaan di hadapan Masjid Sabak Uni, Jalan Kluang-Batu Pahat, di Ayer Hitam, pagi tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam Penguasa Bomba Hafizul Adzrin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian pada 10.19 pagi.
"Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati kemalangan melibatkan tujuh kenderaan dengan 12 mangsa. Kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah treler hilang kawalan lalu merempuh enam kenderaan lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata seorang lelaki yang memandu sebuah kereta ditemukan tersepit selepas kenderaannya terperosok di bawah treler dan usaha mengeluarkannya dilakukan menggunakan sebuah kren dan peralatan khas.
Mangsa kemudian, katanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Hafizul berkata mereka yang cedera pula ialah tiga mangsa menaiki lori jenis Isuzu, tiga mangsa menaiki Honda HR-V dan seorang mangsa menaiki lori jenis Hicom, dengan kesemuanya dihantar ke hospital untuk rawatan.
Empat mangsa lain termasuk pemandu treler dilaporkan selamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#treler terbabas
#rempuh kenderaan
#Masjid Sabak Uni
#Batu Pahat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan