awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu kereta rempuh penunggang motosikal bawah jejambat ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
24/03/2025
22:00 MYT
Pemandu kereta rempuh penunggang motosikal bawah jejambat ditahan
Video tular memaparkan seorang penunggang motosikal cedera parah selepas dirempuh sebuah kereta. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seorang pemandu kereta ditahan selepas kenderaannya dirakam merempuh penunggang motosikal yang berteduh di bawah jejambat di lorong kecemasan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban, selepas Plaza Tol Sungai Besi, di sini, pada Ahad.
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, pihaknya terkesan satu video tular berdurasi sembilan saat memaparkan insiden itu pada jam 8.40 malam.
"Siasatan awal mendapati penunggang motosikal berhenti di lorong kecemasan di bawah jejambat untuk berteduh telah dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta.
"Akibat kemalangan tersebut, penunggang motosikal berusia 76 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) oleh ambulans untuk menerima rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan semalam.
Mohd Zamzuri berkata, pemandu kenderaan berusia 40 tahun itu tidak melarikan diri dan telah ditahan selepas dia hadir membuat laporan polis di balai trafik.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kemalangan itu boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03-2071 9999, Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-2026 0267 / 0269, atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kereta rempuh penunggang motosikal
#Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban
#video tular
#penunggang motosikal berhenti di lorong kecemasan
#penunggang motosikal berhenti bawah jejambat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan