awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu langgar enam kenderaan di Lebuhraya Bukit Jalil positif ganja

Bernama
Bernama
06/03/2023
03:30 MYT
Pemandu langgar enam kenderaan di Lebuhraya Bukit Jalil positif ganja
Kemalangan menyebabkan kerosakan kenderaan yang terlibat dan tidak melibatkan sebarang kecederaan. -Video tular
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun yang melanggar enam kenderaan sebelum kereta yang dipandunya terbalik di Lebuhraya Bukit Jalil, Sabtu lepas, ditahan kerana memandu di bawah pengaruh dadah.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi berhampiran Bulatan Lumba Kuda itu, suspek yang memandu kenderaan jenis Lexus telah hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar enam kenderaan lain yang sedang berhenti di lorong kiri dan kanan jalan bagi menunggu lampu isyarat hijau.
"Kemalangan itu bagaimanapun hanya menyebabkan kerosakan kenderaan yang terlibat dan tidak melibatkan sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata suspek dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis ganja dan ditahan bagi siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya.
"Jika sabit kesalahan, suspek boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda tidak melebih RM15,000 atau kedua-duanya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lexus
#lebuhraya bukit jalil
#ganja
#langgar enam kenderaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan