MELAKA:Seorang pemandu lori ditahan kerana melakukan perbuatan khianat dengan membaling satu bom botol atau 'molotov cocktail' di halaman sebuah rumah dipercayai akibat cemburu di Taman Melaka Baru di sini, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad berkata lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di Taman Bachang Utama pada jam 10 malam iaitu kira-kira empat jam selepas suspek melakukan perbuatan tersebut.
Beliau berkata tindakan suspek itu menyebabkan rak kasut dan bahagian bumbung kereta milik mangsa yang diparkir di hadapan rumah terbakar namun mangsa sempat memadam api berkenaan.
"Ketika kejadian, mangsa lelaki yang bekerja sebagai tukang cat berusia 49 tahun berada di dalam rumahnya sebelum mendengar bunyi letupan kuat di bahagian hadapan rumah sebelum keluar dan mendapati satu botol mengandungi minyak dipercayai petrol dibakar dan meletup di halaman rumahnya.
"Mangsa sempat memadam kebakaran itu dan melihat suspek melarikan diri dengan menaiki kereta yang diparkir berhampiran rumah mangsa," katanya dalam kenyataan, di sini, malam ini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati perbuatan khianat yang dilakukkan suspek itu dipercayai akibat cemburu dan merasa tidak berpuas hati dengan mangsa yang bercinta dengan bekas kekasihnya yang kini tinggal di rumah mangsa.
Katanya, wanita berusia 46 tahun itu yang merupakan seorang pekerja di sebuah syarikat agensi pelancongan pernah bercinta dengan suspek selama enam bulan sebelum putus.
Afzanizar berkata suspek direman lima hari hingga 20 Feb ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 14 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 16 2021
Seorang pemandu lori ditahan kerana melakukan perbuatan khianat dengan membaling satu bom botol atau 'molotov cocktail' di halaman sebuah rumah dipercayai akibat cemburu di Taman Melaka Baru. -Gambar hiasan
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Letupan di stesen kereta api: Malaysia teguh bersama perjuangan Pakistan tangani keganasan - Anwar
Bagi pihak Malaysia, Anwar mengucapkan takziah kepada rakyat Pakistan yang berkabung atas kehilangan yang disifatkannya tidak masuk akal dan menyedihkan.
AS minta penjelasan Israel berhubung serangan udara mengerikan di blok kediaman utara Gaza
Jabatan Negara AS mengatakan ia amat bimbang dengan perkembangan itu tetapi masih belum mendapat respons lengkap.
Diplomat termasuk wakil Indonesia, terselamat dalam serangan bom di Pakistan
Kuasa Usaha Kedutaan Besar Indonesia di Islamabad, Rahmat Hindiarta disahkan selamat selepas kejadian di jalan menuju ke Malam Jabba itu.
Pejabat penjaga haiwan perhutanan Narathiwat diserang, suspek larikan senjata api
Dalam kejadian pada 6.30 petang itu, lebih 10 lelaki bersenjata menyerang pejabat itu dengan sasaran utama adalah senjata api.
Serangan ngeri terhadap Lubnan, Israel melampaui garis merah
Selepas serangan udara Israel yang membunuh seorang komander utama Hizbullah dan beberapa figura senior dalam gerakan Lubnan pada Jumaat.
28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan
Tentera menuding jari kepada kumpulan Hafiz Gul Bahadur dari Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) yang diharamkan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jet pejuang rejim Israel serang utara Gaza
Dalam satu serbuan, rejim Israel mendakwa menemui tapak penyimpanan senjata dengan puluhan roket dan senjata api disimpan di sebuah sekolah.
Dua warga Malaysia cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Mangsa wanita berusia 38 dan 31 tahun dari Tumpat, Kelantan itu mengalami kecederaan ringan susulan letupan bom pada 9.35 malam pada Isnin.
Serangan bakar jahat di tiga wilayah selatan Thailand
Sekurang-kurangnya 30 serangan termasuk bom dan bakar jahat dilaporkan di tiga wilayah selatan awal pada pagi Jumaat.