awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisya perkemas teknik nyanyian, sedia tampil karya baharu
Buka pusat khidmat bukan tanda tandingi kerusi Parlimen Padang Serai - Saifuddin Nasution
Sultan Pahang, Tengku Ampuan seru umat Islam memperingati peristiwa Israk dan Mikraj
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu lori hilangkan diri selepas rempuh dua kenderaan

Sinar Harian
Sinar Harian
13/05/2022
03:15 MYT
Pemandu lori hilangkan diri selepas rempuh dua kenderaan
Lima mangsa dilaporkan mengalami cedera ringan selepas terlibat kemalangan di Kilometer 9.2 Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) pada Khamis. -Foto Sinar Harian
SUBANG JAYA: Seorang pemandu lori dipercayai menghilangkan diri selepas merempuh dua kenderaan dalam kejadian di Kilometer 9.2 Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), pada Khamis.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 11.55 malam.
Menurutnya, kemalangan melibatkan sebuah lori 10 tan melanggar kereta jenis Perodua Axia yang dinaiki empat mangsa serta sebuah Nissan Grand Livina yang dinaiki tujuh warga Bangladesh.
"Terdapat lima mangsa mengalami cedera ringan masing-masing tiga mangsa termasuk dua kanak-kanak berusia 13 dan 10 tahun yang menaiki Perodua Axia dan dua lagi mangsa yang belum dikenal pasti identitinya dari kereta Grand Livina.
"Semua mangsa telah keluar sendiri dan dibantu orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Putrajaya menaiki ambulans.
Katanya, pemandu lori tidak dapat dikesan dipercayai telah menghilangkan diri.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah
#pemandu lori menghilangkan diri
#lori rempuh dua kenderaan
#ELITE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan