awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu lori jumpa bayi atas buaian

Sinar Harian
Sinar Harian
22/07/2023
11:43 MYT
Pemandu lori jumpa bayi atas buaian
Bayi yang masih bernyawa dan bertali pusat ditinggalkan di atas buaian besi di hadapan rumah seorang pemandu lori. -Foto Sinar Harian
SABAK BERNAM: Seorang pemandu lori yang ingin keluar bekerja terkejut menemui bayi masih bernyawa dan bertali pusat ditinggalkan di atas buaian besi di hadapan rumahnya, di Batu 36 di sini pada Sabtu.
Lelaki berusia 29 tahun itu yang tinggal bersama seorang rakannya menemui bayi lelaki itu dalam keadaan berbalut kain batik kira-kira jam 8.55 pagi.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Agus Salim Mohd Alias berkata, lelaki itu memaklumkan dia ternampak sesuatu sejurus keluar dari rumahnya.
"Lelaki itu kemudian menghampiri buaian besi di depan rumah terkejut apabila menemui bayi dalam keadaan sempurna.
"Bayi itu hanya dibaluti kain batik sahaja dan tidak dipakaikan apa-apa pakaian termasuk lampin," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Agus Salim berkata, lelaki itu kemudiannya menghubungi Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk mendapatkan bantuan.
"Pasukan ambulans tiba di lokasi kejadian dan pasukan perubatan mengesahkan bayi dalam keadaan sihat dan tiada kecederaan fizikal dialami selain dalam keadaan bersih dan tiada kesan darah," ujar beliau.
Katanya, tiada sebarang dokumen atau apa-apa barang lain yang ditinggalkan bersama bayi dan bayi berkenaan dibawa ke HTAJ untuk rawatan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan," tambahnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pemandu lori
#bayi masih bernyawa dan bertali pusat
#buaian besi
#Batu 36
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan