awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu lori kurier maut, langgar lori balak di Lebuhraya PLUS

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
24/04/2021
05:25 MYT
Pemandu lori kurier maut, langgar lori balak di Lebuhraya PLUS
Lori yang dipandu mangsa melanggar bahagian belakang lori balak berkenaan. - Foto JBPM Perak
KUALA KANGSAR: Seorang pemandu lori perkhidmatan kurier maut selepas kenderaan yang dipandunya melanggar belakang lori balak di Kilometer 256 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat sini, hari ini.
Mangsa, Mohd Lotfi Abd Latib, 37 tahun, yang beralamat di Bukit Kapar, Klang disahkan maut di tempat kejadian.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPK Perak, Supt Azizan Hassan berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 4.30 pagi ketika lori balak yang dipandu seorang lelaki berusia 56 tahun sedang menuju ke arah utara.
Menurutnya, ketika sampai di tempat kejadian, lori yang dipandu mangsa melanggar bahagian belakang lori balak berkenaan.
“Akibat kemalangan tersebut, mangsa tersepit di tempat duduk hadapan sebelum berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Manakala pemandu lori balak tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, mayat mangsa dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Kuala Kangsar dan akan dibedah siasat selepas mendapat keputusan saringan COVID-19.
Katanya, berdasarkan siasatan awal, punca kemalangan dipercayai lori kurier hilang kawalan dan melanggar belakang lori balak.
Topic Berkaitan
#Kuala Kangsar
#bomba
#mayat
#maut
#kemalangan
#hilang
#meninggal dunia
#mangsa
#siasatan
#lelaki
#Lebuhraya Utara Selatan
#Klang
#PLUS
#lori balak
#Hospital Kuala Kangsar
#hilang kawalan
#Azizan Hassan
#tersepit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan