awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua pertahanan Jepun, AS sahkan pakatan dua hala tidak goyah
Terpedaya iklan hartanah? Pembeli ada enam tahun untuk ambil tindakan undang-undang
Kerajaan sokong titah Sultan Selangor bantah aktiviti LGBT
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu lori 'lari' pemeriksaan polis, pandu melulu lawan arus

Sinar Harian
Sinar Harian
12/10/2025
06:47 MYT
Pemandu lori 'lari' pemeriksaan polis, pandu melulu lawan arus
Kenderaan dipandu suspek berjaya ditahan di kawasan semak berhampiran UTP Seri Iskandar selepas aksi kejar lebih 150 kilometer. -Foto Sinar Harian
KAMPAR: Tindakan nekad seorang pemandu lori simen melarikan diri daripada pemeriksaan polis berakhir dengan penahanan dirinya di kawasan semak berhampiran Universiti Teknologi Petronas (UTP) Seri Iskandar selepas dikejar lebih 150 kilometer dari Hulu Selangor pada Sabtu.

Ringkasan AI
  • Pemandu lori simen dikejar lebih 150 kilometer dari Hulu Selangor sebelum ditahan di kawasan semak berhampiran UTP Seri Iskandar
  • Suspek bertindak agresif, melawan arus dan enggan berhenti walaupun tayar hadapan ditembak oleh polis
  • Lelaki berusia 52 tahun itu positif dadah jenis morfin dan mempunyai 13 rekod lampau, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata, suspek berusia 52 tahun itu ditahan selepas enggan berhenti walaupun dikejar beberapa pasukan peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, Kampar dan Perak Tengah.
Menurutnya, kejadian bermula apabila pihak polis menerima maklumat berhubung sebuah lori simen yang enggan berhenti daripada pemeriksaan di Lebuhraya Utara Selatan arah utara.
"Setibanya di Tol Gopeng, pasukan MPV Kampar cuba menutup laluan menggunakan penghadang air (water barrier), namun lori itu melanggar palang tol dan terus memandu laju menuju ke Kampar," katanya ketika dihubungi pemberita, di sini, pada Ahad.
Beliau berkata, ketika melalui Bandar Baru Kampar, pemandu terbabit bertindak agresif dengan menghimpit kenderaan polis dan memandu melawan arus, sekali gus membahayakan pengguna jalan raya lain.
"Arahan berhenti telah diberikan berulang kali, tetapi tidak diendahkan. Suspek terus memandu kenderaannya hingga ke Gopeng dan Tanjung Tualang," katanya.
Tambah Mohamad Nazri, anggota polis terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah tayar hadapan lori di Jalan Ipoh-Kampar bagi mengurangkan risiko kecederaan kepada orang awam.
Bagaimanapun katanya, suspek tetap meneruskan pemanduan dalam keadaan tayar hadapan pecah dan bertindak agresif dengan menghimpit kenderaan pasukan yang cuba memintas.
"Suspek kemudiannya membuat pusingan U dihadapan UTP dan dengan bantuan IPD Perak Tengah, kenderaan terbabit berjaya ditahan di kawasan semak bersebelahan kawasan universiti," katanya.
Beliau berkata, ujian saringan awal air kencing ke atas suspek mendapati dirinya positif dadah jenis opiat (morfin).
"Semakan juga mendapati, lelaki terbabit yang beralamat dari Batu Kurau mempunyai 13 rekod lampau membabitkan dua kes jenayah dan 11 kes narkotik.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pemandu lori simen
#Hulu Selangor
#UTP Seri Iskandar
#lawan arus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan