awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sebuah lagi PPS dibuka di Segamat, mangsa banjir di Johor kini 148 orang
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
Fury Redemption: Ez Ghazali atasi jaguh Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemandu lori maut terbabas

Sinar Harian
Sinar Harian
21/07/2021
03:11 MYT
Pemandu lori maut terbabas
Keadaan lori yang dipandu mangsa terbalik dalam kejadian kemalangan KM 7 Jalan Lipis-Merapoh awal pagi Rabu. -Foto ihsan PDRM
LIPIS: Seorang pemandu lori maut selepas hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer 7, Jalan Lipis-Merapoh dekat Institut Pendidikan Guru (IPG) Kuala Lipis pada awal pagi Rabu.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa iaitu Mohd Khairudin Anas@Ibrahim, 33 beralamat di Kampung Bukit Merbau Selising, Pasir Puteh, Kelantan mengalami cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd Noor berkata, kejadian melibatkan sebuah lori jenis Volvo yang membawa kontena muatan palet kayu yang dipercayai terbabas dengan sendirinya.
"Siasatan awal mendapati pemandu lori dari arah kilang Rainbow Pallet Padang Tengku dalam perjalanan ke Klang, Selangor.
"Apabila sampai di tempat kejadian yang berselekoh, pemandu lori itu dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas ke kiri bahu jalan dan terbalik," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Azli berkata, akibat kemalangan tersebut, pemandu yang tersepit telah dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas di lokasi kejadian.
"Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat selepas menerima keputusan saringan ujian Covid-19.
"Siasatan lanjut diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," jelasnya.
Artikel asal di Sinar Harian: Pemandu lori maut terbabas
Topic Berkaitan
#pemandu lori
#lori hilang kawalan
#Jalan Lipis-Merapoh
#IPG Kuala Lipis
#Mohd Khairudin Anas
#cedera parah di kepala
#Azli Mohd Noor
#kontena muatan palet kayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan